Aktiviti Merawat SMK Wira Penrissen
Tarikh: 1 Mei 2017
Jam: 9.00 pagi
Kehadiran perawat: 10 orang
Rabu, 3 Mei 2017
Sabtu, 15 April 2017
Merawat Restoran Al-Yamani
Aktiviti merawat restoran Al-Yaman
Tarikh: 16.04.2017 (Ahad)
Jam: 8.00pagi
Kehadiran Perawat: 14 orang
Tarikh: 16.04.2017 (Ahad)
Jam: 8.00pagi
Kehadiran Perawat: 14 orang
Sabtu, 1 April 2017
Darussyifa' Kekurangan Tenaga Pengamal
Sejak ditubuhkan 2008, rawatan perubatan Islam kian dapat sambutan: Ustaz Awg Ariffin
MIRI: Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) Cawangan Sarawak telah merekodkan lebih 1,000 rawatan perubatan Islam sejak 2010.
Menurut pengerusinya Ustaz Awang Ariffin Awang Kamaruddin, ia tidak termasuk rawatan yang tidak direkodkan sejak kewujudannya pada tahun 2008.
“Kadang-kadang terlalu banyak pihak yang meminta pertolongan dan kita terpaksa memberikan keutamaan kepada kes-kes kronik terlebih dahulu dan yang kurang kronik kita kemudiankan, kita tidak terus abaikan sahaja,” katanya kepada Utusan Borneo semalam ketika berada di Seminar Perubatan Tradisional dan Komplimentari bertempat di Hospital Miri, semalam.
Oleh sebab itu, beliau mengatakan bahawa Darussyifa’ di negeri ini masih kekurangan tenaga pengamal perubatan walaupun mempunyai ambilan pelajar setiap tahun semenjak 2008.
“Kita (Darussyifa’ Sarawak) setakat ini telah mempunyai 135 orang pengamal perubatan Islam yang mempunyai sijil diiktiraf daripada pembelajaran selama setahun sejak 2008,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, tidak semua penerima sijil berkenaan boleh menjadi tenaga pengamal perubatan secara penuh dan bergantung kepada penglibatan mereka.
“Kita mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menghubungi kita bagi mendapatkan latihan,” katanya.
Menurut Awg Ariffin, Darussyifa’ juga merupakan satu-satunya persatuan pengamal perubatan Islam tidak berasaskan keuntungan yang diiktiraf oleh Jabatan Kesihatan di seluruh Malaysia.
Pada masa sama beliau menyeru sesiapa yang berminat mengikuti pengajian boleh menghubungi beliau sendiri di talian 019-8599666 atau melalui e-mel beralamat di darussyifasarawak@gmail.com.
Darussyifa’ Cawangan Sarawak yang telah wujud sejak tahun 2008 kini beralamat di Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ Cawangan Sarawak, Lot 12960 KTLD No. 16, Tingkat 1, Heritage Garden, 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Borneo
Sumber: Utusan Borneo, July 15, 2011, Friday Mohd Achil Norrlate
Sumber: Utusan Borneo, July 15, 2011, Friday Mohd Achil Norrlate
Isnin, 20 Mac 2017
Merawat IAB Cawangan Sarawak
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak yang beralamat di Jalan Sultan Tengah,
Santubong, 93050 Kuching telah beroperasi sejak tahun 2005. Kampusnya terletak kira-kira 27 km dari Bandaraya Kuching dengan keluasan tapak lebih kurang 105 ekar.
Pihak Darussyifa' Sarawak telah diminta secara rasmi oleh institut berkenaan untuk memberi khidmat rawatan islam serta mengadakan bacaan yasin, zikir, doa serta aktiviti pembersihan diseluruh kawasan terbabit.
Rawatan telah dilakukan pada 12 MAC 2017. Seramai lebih 20 perawat telah membantu dan menyertai aktiviti tersebut dan turut disertai pegawai dan kakitangan institut untuk bersama berikhtiar dan memohon kepada Allah SWT agar diperkenankan hajat oleh Allah.
Santubong, 93050 Kuching telah beroperasi sejak tahun 2005. Kampusnya terletak kira-kira 27 km dari Bandaraya Kuching dengan keluasan tapak lebih kurang 105 ekar.
Pihak Darussyifa' Sarawak telah diminta secara rasmi oleh institut berkenaan untuk memberi khidmat rawatan islam serta mengadakan bacaan yasin, zikir, doa serta aktiviti pembersihan diseluruh kawasan terbabit.
Rawatan telah dilakukan pada 12 MAC 2017. Seramai lebih 20 perawat telah membantu dan menyertai aktiviti tersebut dan turut disertai pegawai dan kakitangan institut untuk bersama berikhtiar dan memohon kepada Allah SWT agar diperkenankan hajat oleh Allah.
Jumaat, 24 Februari 2017
Merawat SMK Agama
Assalamualaikum..
Pihak sekolah SMK Agama telah memohon Darussyifa' Sarawak untuk merawat bangunan mereka pada:
Tarikh : 26 Feb 2017 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat:
SMK Agama Matang
Memandangkan tempat yang hendak dirawat adalah besar, mohon perawat yang berkelapangan hadir seramai mungkin.
Sila berkumpul di markas pada jam 8.00 pagi atau boleh terus ke sana.
Sekian.
Pihak sekolah SMK Agama telah memohon Darussyifa' Sarawak untuk merawat bangunan mereka pada:
Tarikh : 26 Feb 2017 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat:
SMK Agama Matang
Memandangkan tempat yang hendak dirawat adalah besar, mohon perawat yang berkelapangan hadir seramai mungkin.
Sila berkumpul di markas pada jam 8.00 pagi atau boleh terus ke sana.
Sekian.
Jumaat, 17 Februari 2017
Seminar Pemikiran Tokoh- Haron Din
KUALA LUMPUR: Perikatan Gabungan Badan-badan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN) akan mengadakan Seminar Pemikiran Tokoh- Haron Din sempena mesyuarat agung tahunan ACCIN.
Timbalan Pengerusi ACCIN Ir Mohd Jamaludin Shamsudin pada sidang media semalam berkata Almarhum Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din telah dipilih kerana beliau merupakan seorang tokoh ulama tersohor dan terkenal dengan pemikirannya yang memiliki pengikut yang ramai.
"Dalam konteks ACCIN, beliau menjadi pengasas dan ketua umum Darussyifa' yakni sebuah badan bukan kerajaan yang terkenal dalam perubatan Islam dan Darussyifa' ini ialah ahli gabungan ACCIN," katanya pada sidang media ACCIN di Bangunan Perkim.
Seminar yang akan diadakan pada 25 Februari ini bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari ini akan turut menampilkan beberapa tokoh yang mengenali beliau termasuk anaknya, Dr. Huda Haron Din.
Ujarnya, lima topik mengenai kepimpinan dan personaliti beliau akan dibincangkan iaitu topik TG Prof Datuk Dr. Haron Din di belakang tabir akan disampaikan oleh anaknya, manakala pemikiran Almarhum sebagai seorang tokoh akademik, rakan seperjuangan dan peranannya dalam Majlis Dakwah Negara akan disampaikan oleh Datuk Prof Mahmod Zuhdi.
"Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aiziz pula akan membicarakan pendirian politik Almarhum dan siasah syarie'. Kemudian ada juga ustaz Fitri Abdullah, seorang daripada Ahli Majlis ACCIN dan beliau dianggap sebagai anak angkat Almarhum beliau diislamkan oleh Tuan Guru Haron Din dan daripada beliau kita mengharapkan untuk memahami pendirian beliau tentang dakwah kepada bukan Islam.
"Dianggarkan 800 orang akan hadir di Dewan Muktamar Pusat Islam pada 25 Februari, Sabtu ini. Perasmian saya rasa Timbalan Perdana Menteri tidak boleh hadir dan mungkin kita akan dapatkan Ketua Pengarah Jakim untuk merasmikan dan menutup seminar tersebut, masuk adalah percuma dan semua dijemput hadir," katanya. – HARAKAHDAILY 16/2/2017
Isnin, 13 Februari 2017
Bolehkah "scan" jin dalam badan?
Setelah membaca beberapa ayat Quran (atau doa) dan pesakit tidak menunjukkan sebarang respon, ada perawat yang mengatakan perkara-perkara seperti :
“Hmm kuat jin di dalam badan kau ini”
“Ada 5 jin tinggal dalam badan kau”
“Rasanya kau sudah terlanggar jin semasa membuang sampah”
"Ini jin keturunan. Sudah lama dia tinggal di badan kau"
"Kau sudah disihir. Jin tu akan ganggu kau sampai kau mati".
Ada juga perawat yang mengubat dari jarak jauh yang hanya bersumberkan gambar pesakit atau nama pesakit berkata :
“Si anu itu telah disihir”
“Ada saka dalam badannya”
"Rumah kau ada jin"
Ada juga perawat yang hanya dengan melihat pesakit mengatakan:
“Ada jin sedang mengikuti kau”
“Aku dapat rasa kehadiran jin dalam badan kau”.
"Ada 2 jin di belakang kau dan 1 jin di lutut kau"
"Aku nampak ada bayang-bayang hitam ikut kau selalu"
Kaedah-kaedah di atas adalah melanggar hukum Syara’. Mereka yang mengamalkan kaedah-kaedah di atas boleh dikategorikan sebagai al-Kahin dan al-Arraf. Al-Kahin ialah orang yang memberitahu tentang perkara-perkara ghaib di masa hadapan atau memberitahu apa yang ada di dalam hati. Al-‘Arraf bermaksud orang yang mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib, atau dalam erti kata lain digelar tukang tilik. Perbuatan ‘Arraf ini dilarang oleh Allah SWT kerana tiada sesiapa pun yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah SWT sahaja. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran :
“Katakanlah! Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah” (An-Naml : 65)
“Dan di sisiNya jualah kunci-kunci segala yang ghaib; tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja.” (Al-An’am : 59)
“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapa pun melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhaiNya.” (Al-Jin : 26-27)
Malah, Nabi Muhammad SAW pun tidak mengetahui perkara ghaib. Perkara ini dinyatakan dalam al-Quran :
“Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku yang mengumpulkan dengan banyaknya benda yag mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan” (Al-A’raaf : 188)
Nabi Muhammad SAW juga pernah terkena sihir namun baginda tidak mengetahuinya. Jibrail AS yang telah memberitahu baginda bahawa baginda telah disihir oleh Labid bin al-A’sam. Jika Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahui perkara-perkara ghaib, (seperti sihir yang berlaku ke atas dirinya) bagaimana pula seorang manusia biasa boleh mengetahuinya?
Berdasarkan ayat-ayat al-Quran di atas, adalah jelas bahawa dakwaan mengetahui tentang kewujudan jin dalam badan seseorang menggunakan kaedah-kaedah di atas adalah tidak benar. Malah, kita tidak sepatutnya menemui orang-orang yang mengamalkan kaedah-kaedah sebegitu. Menurut riwayat Muslim di dalam sahihnya bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :
من أتى عرافا فسأله عن شيء فصدقه لم تقبل له صلاة اربعين يوما
Maksudnya : Sesiapa yang mendatangi seorang ‘arraf, dan bertanya tentang sesuatu, maka tidak diterima amalannya selama 40 hari.
Abu Daud r.a. meriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW :
من أتى كاهنا فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه و سلم
Maksudnya : Barang siapa yang menemui tukang tenung kemudian membenarkan apa yang dikatakan maka sesungguhnya dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi SAW.
Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya Pengertian Tauhid, membenarkan tukang-tukang tenung dan juru-juru ramal yang pada sangkaan mereka dapat mengetahui sesuatu yang ghaib, adalah satu kekotoran terhadap ayat-ayat al-Quran di atas. Sekiranya tindakan mereka yang pergi menemui golongan tesebut dan membenarkan pula dianggap suatu yang amat keji di dalam agama, tindakan para tukang tenung dan juru ramal itu adalah jauh dari agama dan agama pula jauh dari mereka :
ليس منا من تطير أو تطيرله او تكهن أو تكهن له او سحر او سحرله : رواه البراز بأسناد جيد
Maksudnya : Bukan dari golongan kami sesiapa yang menganggap sial kerana alamat (tataiyur) atau minta dilihat kesialannya dan menenung atau minta ditenungkan atau mensihir atau minta disihirkan baginya.
Oleh itu, berhati-hatilah bila berjumpa dengan perawat-perawat yang menggunakan kaedah-kaedah di atas. Kadang-kadang, ada perawat yang menggunakan bahasa lunak dan halus untuk melindungi kedustaan mereka agar dapat meyakinkan pendengar. Contohnya : “Nampaknya penyakit encik ini bukan penyakit biasa. Encik terkena sihir. Inilah hasil penyiasatan kita. Sebab yang sebenarnya Allah sahaja yang tahu.”. Ada juga yang berselindung dengan kata-kata yang dapat menggambarkan bahawa apa yang diperkatakannya itu datang daripada Allah dan dia sentiasa berpegang teguh kepada kekuasaan dan kehendak Allah semata-mata. Misalnya: “Nampaknya, ikut penglihatan kita hajat encik ini sukar tercapai. Banyak sangat halangannya. Ramai orang tidak sukakan encik hidup senang. Tetapi kalau mahu berjaya kita boleh usahakan, insya Allah, akan Berjaya juga nanti.”
Ada juga perawat yang berkata bahawa kaedah mereka itu benar kerana ia hasil daripada kasyaf atau terbukanya hijab. Ini adalah tidak benar. Kasyaf memang boleh berlaku kepada orang mukmin yang hampir dengan Allah (wali Allah) tetapi kasyaf yang dikurniakan kepada orang tersebut adalah sebagai satu ujian dan rahsia antara dirinya dengan Allah. Hal ini disebabkan kasyaf merupakan sebahagian daripada karomah yang dikurniakan oleh Allah. Oleh yang demikian, kasyaf perlu dirahsiakan, tidak boleh diceritakan sewenang-wenangnya. Dalam kitab-kitab tasawur terdapat keterangan bahawa karomah mesti disembunyikan kerana ia merupakan satu ujian bagi orang yang menerimanya. Jika diceritakan atau dihebahkan, maka karomah itu akan menjadi hijab kepadanya. Berlainan dengan mukjizat yang berlaku kepada para Rasul adalah untuk ditunjukkan sebagai bukti kebenaran kerasulannya. Oleh itulah maka wali Allah yang sebenarnya amat takut dan cemas apabila dikurniakan karomah, apatah lagi untuk menghebahkan kekeramatan itu kepada orang ramai kerana takut akan dihijab oleh Allah. Wali Allah yang sebenar tidak begitu mudah menceritakan sesuatu rahsia ghaib yang telah dikurniakan Allah kepadanya, tetapi wali jin atau syaitan adalah sebaliknya, amat mudah menceritakan rahsia-rahsia ghaib seperti itu.
Kesimpulannya, janganlah mempercayai perawat (termasuklah pawang, bomoh atau orang biasa) yang mendakwa boleh mengetahui perkara ghaib.
[Rujukan : 1. “Menjawab Persoalan Makhluk Halus : Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan” oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (2009), m.s. 168-171. 2. “Berpawang dan Bersahabat dengan Jin daripada perspektif Islam”, Jahid Sidek (2004), m.s. 82-87. 3. “Pengertian Tauhid”, Dr. Yusuf Al-Qardhawi (1999), m.s. 70-73.]
Rabu, 1 Februari 2017
Takziah dari kami
Kami Darussyifa' Sarawak menzahirkan rasa kesedihan di atas berita isteri kepada Us. Abdul Rahman Nawas iaitu Pn. Hjh Baridah bt. Md. Salleh yang telah kembali kerahmatullah sebentar tadi. Semoga ustaz dan keluarga tabah menghadapi pemergian orang yang tersayang.
Innalillahiwainnailaihirojiun
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
"Allahummaghfirlaha warhamha wa 'afihi wa'fuanha".
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Al Fatihah khususon ila ruuhil..............
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Isnin, 30 Januari 2017
Istilah "scan"..
Tuan Guru Dr. Haron Din selalu berpesan kepada kami perawat2 Darussyifa' jangan sekali-kali menelah perkara ghaib.
Jin ini makhluk ghaib yang kita tidak nampak. Bagaimana kita boleh secara pasti menentukan bilangan makhluk halus atau jin sedangkan kita tidak dapat melihatnya? Tidakkah ia membawa kepada penipuan dan fitnah?
Selain itu apa faedahnya kita beritahu pesakit hal2 yang menakutkan dan membimbangkan mereka?
Oleh kerana itulah kami perawat Darussyifa' dilarang oleh al-Marhum Tuan Guru menggunakan istilah 'scan'.
Utk mengesan penyakit memadai dengan bertanya kepada pesakit simtom2 yang dialami dan berdasarkan maklumat pesakit kami terus merawat dengan ruqyah...
"يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ"
[Al-A'raf:27]
Oleh: Ustaz Ikmal Zaidi, Darussyifa' Bangi
Selasa, 24 Januari 2017
Penangguhan Kuliah Bulughul Maram
Assalamualaikum..
Pengajian Kitab Bulughul Maram malam ini (25.01.2017) ditangguhkan dan akan disambung semula pada tarikh baru yang akan dimaklumkan kemudian.
Sekian untuk makluman.
Sabtu, 21 Januari 2017
Aktiviti merawat Pejabat SPRM
Alhamdulillah, rawatan pejabat SPRM Sarawak hari ini (22.01.2017) telah disempurnakan seramai 14 orang perawat Darussyifa' Sarawak yang diketuai oleh Ustaz Akram Zaki.
Bangunan setinggi 3 tingkat dan setiap tingkat mempunyai lebih kurang 20 bilik serta diduduki seramai 90 orang kakitangan SPRM.
Bacaan yasin, zikir dan doa turut disertai oleh beberapa kakitangan SPRM untuk bersama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT agar segala hajat dan permohonan dimakbulkan dengan izinNya.
Terima kasih kepada semua yang telah memberi komitmen. Semoga segala usaha, doa dan amalan diterima sebagai ibadah disisi Allah SWT.
Bangunan setinggi 3 tingkat dan setiap tingkat mempunyai lebih kurang 20 bilik serta diduduki seramai 90 orang kakitangan SPRM.
Bacaan yasin, zikir dan doa turut disertai oleh beberapa kakitangan SPRM untuk bersama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT agar segala hajat dan permohonan dimakbulkan dengan izinNya.
Terima kasih kepada semua yang telah memberi komitmen. Semoga segala usaha, doa dan amalan diterima sebagai ibadah disisi Allah SWT.
Langgan:
Catatan (Atom)






















































