Jumaat, 31 Ogos 2012

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI

Assalamualaikum...
Semua ahli dan pelajar PKPI Darussyifa' Sarawak dijemput hadir ke rumah terbuka aidil fitri penasihat Darussyifa' Sarawak Tn. Guru Hj Akram Zaki pada 2 September 2012 (Ahad) mulai jam 2.00 petang hingga jam 6.30 petang di kediaman beliau. Taqabbalallahu minna wa minkum taqabbal ya karim....

Sabtu, 11 Ogos 2012

KULIAH TAFAQQUH FIDDIN

Satu kuliah talaqqi kitab Fiqh Ibadah akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 8 dan 9 September 2012 (Sabtu dan Ahad)
Tempat: Hotel Grand Continental, Kuching
Penceramah: Dr Wahab Salleh
Kitab: al-Fiqh al-Manhaji Mazhab as-Syafie,
          ( karangan ashab al-Fadhilah Dr Mustafa al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha & Dr Ali al-Syarbaji,   
           terjemahan oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri)
Yuran pendaftaran: RM120.00 seorang (Terhad kepada 150 orang sahaja)

Sehubungan itu, tuan/puan dijemput menyertai majlis ilmiah ini. Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan Ustaz A'dni Md Ghazali - 0198198477. Tempat adalah terhad.