Sabtu, 28 Mei 2011

Molekul Air

Molekul Air Zam-Zam



Molekul Ayat al-Quran



Selasa, 17 Mei 2011

Sekalung Tahniah kepada pelajar ambilan 3 2010/2011

Tahniah kepada semua pelajar ambilan ke-3 2010/2011 kerana telah berjaya ditasmi' oleh para pentasmi' dari Bangi & Sarawak. Kepada pelajar yang belum ditasmi' hendaklah berbuat demikian sebelum diijazahkan pada bulan Jun/Julai 2011 nanti. Harap Maklum.

Rabu, 11 Mei 2011

Lawatan ke Bangi


Perhatian kepada semua pelajar Darussyifa' Cawangan Sarawak Ambilan ke-3.

Pihak Darussyifa' Cawangan Sarawak akan mengadakan lawatan sambil belajar di Darussyifa' Pusat Bangi pada 30 & 31 Mei 2011.

Sesiapa yang berminat boleh menempah tiket kapal terbang sendiri bermula sekarang.

Mohon dinyatakan
1- Nama pelajar/ahli
2- Penerbangan MAS/Airasia/Firefly
3- Tarikh penerbangan
4- Masa ketibaan di lapangan terbang
5- Suami/Isteri (ahli/pelajar sahaja)
kepada Tn. Hj. Sahidi (0198877628)/ Ustaz Sany (0198292984) sebelum 21/5/2011 untuk memudahkan urusan pengangkutan & tempahan hotel ketika berada di Bangi nanti. Penginapan disediakan oleh Pihak Darussyifa' Pusat.

Aturcara:

30/5/2011(Isnin)
7.00 pagi - 5.00 petang (perjalanan ke Bangi)
6.00 petang (Solat Berjamaah bersama Tuan Guru Dr. Haron Din)
- Majlis Zikir
- Solat Isya'
- Kuliah

31/5/2011 (Selasa)
5.00 pagi (Solat Subuh berjemaah bersama Tn. Guru)
6.30 pagi (Praktikum bersama Tn Guru)
12.30 t/hari (makan tengah hari)
8.00 malam - 12.00 t/malam (Praktikum Bersama Ustaz Mokhtar Kasan)

1/5/2011 (Rabu)
Aktiviti Bebas
Pulang ke Destinasi Masing-Masing

Semua peserta lelaki dikehendaki membawa jubah putih/baju putih lengan panjang, kupiah putih dan tag nama (ahli) semasa berada di darussyifa' Bangi

Khamis, 5 Mei 2011

Bahan-Bahan Rawatan Penyakit Jasmani

asma
lendir belut (tidak najis)/
kelapa tumbuh /
madu lebah & getah buah betik muda /
sup anak burung ciak (kanak-kanak)

buasir
daun semperai
batu karang
serai wangi
gula batu
daun batu ginjal

kencing manis
akar inai /
kulit jering /
akar terung masam /
daun hempedu bumi /
daun misai kucing /
daun tin & betik kering /
akar patawati (akar seruntum)

darah tinggi
daun misai kucing /
daun hempedu bumi /
akar patawali (akar seruntum)
air panas

ketumbuhan
air (sebaik-baiknya air zam-zam)
mangkuk putih
kapur kerang / kapur siput (bukan kapur batu)

kayap
rumput sambau
bedak sejuk asli
sebiji mangkuk putih

migraine
air
kain putih sebesar dua jari untuk melilit kepala

gout
madu lebah
kapur sirih
buah limau nipis
air

resdung
bekam kain lilin yang didoakan /
bunga pokok daun senduduk /
akar pokok daun senduduk /
isi terung kemal /
akar pokok mengkunyit /
cium bunga daun bawang merah

gastrik
bunga betik jantan
air
seketul garam jantan

demam campak
daun mamu (letak tempat tidur, sapu pada badan & dibuat mandi)
daun asam jawa dan bedak sejuk (hilang parut campak)

mandul
air zam-zam / air hujan malam Jumaat
2 akar pokok jejawi berpintal / 2 akar pokok kayu ara berbelit

kolestrol
jintan hitam & madu lebah asli /
batang saderi
darah rendah
organ dalaman haiwan halal (hati/otak/limpa/jantung)
lebihkan sedikit garam
kerang

lekat atau tercekik tulang
pegang tangan kucing dan menggarukannya beberapa kali di leher pesakit (berhati-hati)

benda tajam dalam badan (terkena paku)
daun sirih
gambir
kapur
pinang

kanser
air
mangkuk putih
rumput sambau
kapur kulit kerang
barah tulang
daun delima
daun inai
kunyit hidup / ibu kunyit
bedak sejuk asli

penyakit buah pinggang
akar mengkuang /
isi lobak putih (dikisar)

penyakit jantung
satu sudu madu asli, sebiji telur ayam kampong & 7 biji lada hitam digaul makan pagi)
kelapa muda & 7 biji ketumbar (minum petang)
air didoakan (sapu di dada)

sopak
kulit pisang emas
air zam-zam
sawan tarik
air
daun kacang botol

lumpuh
seekor arnab jantan
sebiji halia bara (merah)
sebiji ibu kunyit
sedikit ingu
sebiji bunga lawang

demam panas
kanak-kanak = kain putih basah (di dahi/ lap – celah ketiak & kelangkang / lipatan)
dewasa = air + daun mengkudu / inai / gandarusa / buah delima / daun bunga raya

penyakit kulit
daun belimbing besi
gambir
air

sakit kepala
daun inai
air

sakit sendi
air
satu sudu kapur sirih
satu biji limau nipis
satu sudu madu lebah

penyakit mata
air zam-zam
air embun pagi (daun pucuk pisang / daun pucuk bemban)
bunga rumput lembu

sakit perut
pucuk jambu batu
sakit perut (kanan) - urut betis (kiri)
madu lebah asli

batuk
madu lebah asli
limau nipis
air
sudu plastik / kaca

sakit gigi
tiga kuntum bunga cengkih (dimamah lumat) /
air garam suam & sebatang serai (bahagian tengah dipanas & digigit)

kencing malam
air doa
madu lebah asli

cirit-birit
pucuk jambu batu (dikunyah) /
susu segar (kambing - diminum) /
2 biji selasih (direndam & diminum bersama gula melaka & gula apong)