Selasa, 31 Januari 2012

Kuliah Mingguan Darussyifa' Sarawak 2012

Kuliah Tajwid - hari Selasa
Kuliah Tauhid - hari Rabu
Kuliah Feqah - hari Khamis
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Isnin, 30 Januari 2012

Makluman Penting Untuk Semua Ahli DS 2012

Semua perawat lelaki diwajibkan berbaju putih berlengan panjang, berkupiah putih, dan menggunakan tag nama ahli / perawat.

Ahli kumpulan 1 dan 2 yang belum memiliki kad ahli / kad perawat disarankan memohon segera melalui SU Darussyifa' Sarawak.

Bagi ahli kumpulan 3 disarankan memohon kad ahli dahulu. Kad perawat hanya diberikan setelah diperakukan merawat selama SETAHUN di Pusat Rawatan Kuching.

Khamis, 26 Januari 2012

Kehadiran Majlis Zikir - Pelajar Baharu 4/2012

Adalah diingatkan semua pelajar baharu ambilan 4/2012 WAJIB hadir ke Majlis Zikir setiap hari Sabtu bermula 28 Januari 2012. Majlis dimulakan dengan Solat Fardu Maghrib, Solat Sunat Hajat, Zikir, Solat Fardu Isyak dan Kuliah Mingguan. Semua pelajar baharu DIKEHENDAKI menyertai semua aktiviti mingguan tersebut. Harap Maklum

Selasa, 24 Januari 2012

Penghargaan Kepada Semua

Pihak Darussyifa' Sarawak merakamkan sekalung penghargaan kepada semua ahli, muslimin dan muslimat kerana menjayakan Kuliah Tafaqquh bersama Ustaz al-Mursyid Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri pada 23 & 24 Januari 2012 di Hotel Grand Continental Kuching.

Jumaat, 20 Januari 2012

Kelas Tafaquh bersama Dr. Zulkifli al-Bakri

Tempat : Hotel Grand Continental, Kuching

Hari : Isnin
Tarikh : 23.1.2012
2.00 - 4.00 pm : kuliah 1
4.00 - 4.30 pm : rehat
4.30 - 6.30 pm : kuliah 2
6.30 - 8.30 pm : rehat & solat
8.30 - 10.30 pm : kuliah 3

Hari : Selasa
Tarikh : 24.1.2012
8.00 - 10.00 am : kuliah 4
10.00 - 10.30 am : rehat
10.30 - 12.30 pm : kuliah 5 & penutup

Harap Maklum

Isnin, 9 Januari 2012

Kehadiran Majlis Zikir - Pelajar Baharu 2012

Assalamualaikum

Semua pelajar baharu ambilan ke-4 tahun 2012 diminta hadir ke Majlis Zikir Darussyifa' Sarawak pada setiap hari Sabtu setiap minggu. Sekian, harap maklum.

Wassalam.

Selasa, 3 Januari 2012

Kuliah Tauhid - Diteruskan

Kuliah Tauhid selepas Maghrib dijalankan seperti biasa oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Ustaz Akram Zaki Bin Abdul Rashid. Harap Maklum.

Ahad, 1 Januari 2012

Klinik Hari Sabtu - Ditutup

Adalah dimaklumkan kepada semua perawat, ahli, pelajar dan muslimin serta muslimat, klinik pada setiap hari Sabtu ditutup kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Segala kesulitan amatlah dikesali. Harap maklum.