Isnin, 29 Ogos 2011

Ucapan Selamat Aidil Fitri 1432H

Pihak Darussyifa' Sarawak mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri 1432H / 2011M kepada semua muslimin dan muslimat.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Rawatan & Kuliah Agama Ditangguhkan

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini semua rawatan dan kuliah agama (Tauhid, Feqah dan Taranum) ditangguhkan. Sesi Rawatan & Kuliah Agama akan dibuka semula mengikut tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kemudian. Sekian, terima kasih.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Makluman kepada Muslimin dan Muslimat yang berminat..

Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darussyifa' Malaysia Cawangan Sarawak membuka pengambilan pelajar baru untuk Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Kumpulan 4/2011..

Muslimin dan Muslimat yang berminat, bolehlah mengikuti Majlis Zikir Mingguan bermula Sabtu malam Ahad (6 Ogos 2011) bermula dengan solat maghrib berjemaah..

Maklumat lanjut mengenai kursus akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam Majlis Zikir Mingguan..

Syarat yang diperlukan :-

1) Beragama Islam
2) Seorang yang taat dan patuh dalam menunaikan Rukun Islam
3) Boleh Membaca Al Quran
4) Berkemampuan menghafal ayat-ayat hafalan Asas Rawatan Islam
5) Komited mengikuti Majlis Zikir dan Kursus yang bakal diikuti

Muslimin dan Muslimat dipelawa bersama memartabatkan Perubatan Islam berasaskan Al Quran, As Sunnah serta amalan Salafus Soleh..

Setiausaha
Persatuan Kebajikan dan Pengbatan Islam Darussyifa' Malaysia,
Cawangan Sarawak.

Borang Pelajar Baru Darussyifa Sarawak Kumpulan 4 Sesi 2011