Rabu, 23 November 2011

Diskusi Ilmu di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak

Assalamualaikum,

Dijemput kepada semua warga Darussyifa' bersama Pengetua,Guru Besar dan Guru Muslim ke Majlis Diskusi Ilmiah tentang kepentingan Fardu Kifayah & Amalan-Amalan Sunat dan pelancaran buku al-Wajiz Fi Ahkamil Jana'iz sempena Sambutan Ma'al Hijrah berdasarkan maklumat di bawah:

Tarikh: 29 November 2011 (Selasa)
Masa: 2.00 pm - 5.00 pm
Tempat: Auditorium Pustaka Negeri Sarawak

Tentatif Program:
1.45 pm - Pendaftaran Peserta
2.30 pm - Ucapan Aluan oleh PPDK
2.30 pm - Diskusi I oleh En. Bedui
3.15 pm - Diskusi II oleh Ketua Sektor PI
4.00 pm - Amanat & Pelancaran Buku oleh Pengarah JPNS
5.00 pm - Bersurai

Harap Maklum. Wassalam

Selasa, 25 Oktober 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Korban

Pihak Darussyifa' Sarawak mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha 1432H / 2011M kepada semua muslimin dan muslimat.

Khamis, 6 Oktober 2011

Majlis Doa Selamat (Wida')

Pada 12 Oktober 2011 (Rabu) Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat akan diadakan untuk pemergian Tn Guru kita Ustaz Akram Zaki & Ustaz 'Adni ke Tanah Suci Mekah pada 4 Disember 2011 (Ahad). "Hajjan Mabruran Wa 'Amalan Mutaqabbalan". Semua ahli Darussyifa' Sarawak dijemput hadir. Sekian, Harap Maklum.

Selasa, 20 September 2011

Majlis Ramah Tamah Idul Fitri DS Swak 1432H

Dijemput semua pelajar dan ahli Darussyifa' Sarawak untuk menghadiri Majlis Ramah Tamah Idul Fitri 1432H / 2011M pada 24 September 2011 (Sabtu) selepas kuliah Tauhid bersama Tn Guru Akram Zaki. Kuih raya amat digalakkan untuk dibawa bersama ke majlis tersebut sekiranya masih ada stok di rumah. Harap maklum.

Selasa, 6 September 2011

Kuliah Tauhid Bermula

Muslimin & Muslimat yang berminat dijemput untuk menghadiri satu sesi kuliah Tauhid bersama tn guru Ustaz Akram Zaki berdasarkan maklumat di bawah:
Tarikh: 7.9.11 (Rabu)
Masa: Antara Maghrib & Isyak
Tempat: Markaz Darussyifa' Sarawak cawangan Kuching
Sekian, terima kasih.

Jumaat, 2 September 2011

Sesi Zikir 3/9/11

Majlis Zikir pada hari ini berjalan seperti biasa.
Tarikh : 3/9/11 (Sabtu)
Masa : Maghrib - Isyak
Tempat : Markaz Darussyifa' Sarawak
Harap maklum

Khamis, 1 September 2011

Markaz Dibuka 5/9/11

Pihak Darussyifa' Sarawak cawangan Kuching akan dibuka seperti biasa bermula 05/09/2111 (Isnin) . Harap maklum

Isnin, 29 Ogos 2011

Ucapan Selamat Aidil Fitri 1432H

Pihak Darussyifa' Sarawak mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri 1432H / 2011M kepada semua muslimin dan muslimat.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Rawatan & Kuliah Agama Ditangguhkan

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini semua rawatan dan kuliah agama (Tauhid, Feqah dan Taranum) ditangguhkan. Sesi Rawatan & Kuliah Agama akan dibuka semula mengikut tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kemudian. Sekian, terima kasih.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Makluman kepada Muslimin dan Muslimat yang berminat..

Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darussyifa' Malaysia Cawangan Sarawak membuka pengambilan pelajar baru untuk Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Kumpulan 4/2011..

Muslimin dan Muslimat yang berminat, bolehlah mengikuti Majlis Zikir Mingguan bermula Sabtu malam Ahad (6 Ogos 2011) bermula dengan solat maghrib berjemaah..

Maklumat lanjut mengenai kursus akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam Majlis Zikir Mingguan..

Syarat yang diperlukan :-

1) Beragama Islam
2) Seorang yang taat dan patuh dalam menunaikan Rukun Islam
3) Boleh Membaca Al Quran
4) Berkemampuan menghafal ayat-ayat hafalan Asas Rawatan Islam
5) Komited mengikuti Majlis Zikir dan Kursus yang bakal diikuti

Muslimin dan Muslimat dipelawa bersama memartabatkan Perubatan Islam berasaskan Al Quran, As Sunnah serta amalan Salafus Soleh..

Setiausaha
Persatuan Kebajikan dan Pengbatan Islam Darussyifa' Malaysia,
Cawangan Sarawak.

Borang Pelajar Baru Darussyifa Sarawak Kumpulan 4 Sesi 2011

Jumaat, 29 Julai 2011

Daun Bidara & Khasiatnya



Salah satu ikhtiar yang diusahakan di Darussyifa’ ialah rawatan menggunakan daun bidara. Ia secara khusus digunakan dalam merawat penyakit-penyakit bersihat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir. Kaedah ini sebenarnya bersumberkan amalan para ulama terdahulu yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan utama dalam mengatasi orang yang terkena sihir.

Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :

“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara du abatu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”

Dalam contoh lain, Nabi SAW juga menjelaskan bahawa ketika memandikan mayat selain dimandikan dengan air bersih, salah satu mandian mayat tersebut perlu menggunakan campuran air dengan daun bidara. Ini menunjukkan terdapat khasiat khusus pada daun bidara sehingga digunakan ketika memandikan mayat.

Kaedah rawatan :

Ambil sekurang-kurangnya 21 helai daun bidara untuk kegunaan tiga hari iaitu setiap hari menggunakan 7 helai. Ambil tujuh helai daun bidara ini kemudian tumbuk dengan lesung batu sehingga separuh hancur. Campurkan daun yang separuh hancur itu dengan air yang telah didoaka. Minum sedikit air ini kemudian dibuat bilasan mandi di waktu petang. Lakukan kaedah ini selama tiga hari berturut-turut.

Rujukan : Rawatan Penyakit Jasmani (I), Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din

Rabu, 13 Julai 2011

Seminar Perubatan Islam Anjuran Jabatan Kesihatan Sarawak Bahagian Perubatan Tradisonal dan Komplimentari

Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darussyifa' Cawangan Sarawak mengorak langkah ke hadapan dalam memartabatkan perubatan Islam dengan menghantar wakil selaku penceramah ke Seminar Perubatan Islam Anjuran Jabatan Kesihatan Sarawak Bahagian Perubatan Tradisonal dan Komplimentari bertempat di Hospital Miri Sarawak.

Seminar sehari ini telah diadakan pada 14 Julai 2011 dan dihadiri oleh lebih 100 orang pengamal perubatan dan masyarakat setempat yang berminat untuk mengetahui mengenai Perubatan Islam.

Sambutan daripada masyarakat setempat terutamanya para pengamal perubatan lain yang bernaung di bawah Traditional Complimentary Medicine (Perubatan Tradisional dan Komplimentari) Kementerian Kesihatan seperti akupuntur, perubatan herba Cina dan lain-lain amat menggalakkan. terdapat juga pengamal perubatan Cina yang datang dari negara Brunei Darussalam semata-mata untuk mengikuti Seminar tersebut.

Wakil Darussyifa' Sarawak membentangkan 2 Kertas Kerja yang bertajuk Konsep Pengubatan Islam dibentangkan oleh Setiausaha Darussyifa' Cawangan Sarawak manakala Makhluk Halus, Kaitannya dengan penyakit telah dibentangkan oleh Pengerusi Darussyifa' Cawangan sarawak..

Sambutan memberangsangkan dari masyarakat bukan beragama Islam amat dikagumi setelah hampir keseluruhan dewan dipenuhi oleh kaum Cina, Iban serta etnik-etnik lain yang terdapat di negeri Sarawak.

Sambutan menggalakkan ini mendorong pihak Jabatan Kesihatan Sarawak Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari telah berbincang dan menyatakan hasat untuk menganjurkan 'workshop' khusus untuk Perubatan Islam Darussyifa' selepas ini.

Sama-samalah kita berdoa semoga, Perubatan Islam Darussyifa' terus dimartabatkan demi menyelamatkan akidah umat Islam dari terpesong dengan mendapatkan rawatan dari pihak-pihak yang mengamalkan perubatan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.

Rabu, 6 Julai 2011

Sekalung Penghargaan

Pihak AJK Darussyifa' Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan tenaga, masa dan material dalam menjayakan Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa' Cawangan Sarawak kali ke-3 pada 9 & 10 Julai 2011 di Grand Margheritta Hotel, Kuching. Semoga kita terus beristiqamah dalam memperjuangkan dan memartabatkan serta kekal berdakwah bersama Darussyifa' Cawangan Sarawak.

Selasa, 5 Julai 2011

Ayat Penggerak & Pendiding


















Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Sabtu, 28 Mei 2011

Molekul Air

Molekul Air Zam-Zam



Molekul Ayat al-Quran



Selasa, 17 Mei 2011

Sekalung Tahniah kepada pelajar ambilan 3 2010/2011

Tahniah kepada semua pelajar ambilan ke-3 2010/2011 kerana telah berjaya ditasmi' oleh para pentasmi' dari Bangi & Sarawak. Kepada pelajar yang belum ditasmi' hendaklah berbuat demikian sebelum diijazahkan pada bulan Jun/Julai 2011 nanti. Harap Maklum.

Rabu, 11 Mei 2011

Lawatan ke Bangi


Perhatian kepada semua pelajar Darussyifa' Cawangan Sarawak Ambilan ke-3.

Pihak Darussyifa' Cawangan Sarawak akan mengadakan lawatan sambil belajar di Darussyifa' Pusat Bangi pada 30 & 31 Mei 2011.

Sesiapa yang berminat boleh menempah tiket kapal terbang sendiri bermula sekarang.

Mohon dinyatakan
1- Nama pelajar/ahli
2- Penerbangan MAS/Airasia/Firefly
3- Tarikh penerbangan
4- Masa ketibaan di lapangan terbang
5- Suami/Isteri (ahli/pelajar sahaja)
kepada Tn. Hj. Sahidi (0198877628)/ Ustaz Sany (0198292984) sebelum 21/5/2011 untuk memudahkan urusan pengangkutan & tempahan hotel ketika berada di Bangi nanti. Penginapan disediakan oleh Pihak Darussyifa' Pusat.

Aturcara:

30/5/2011(Isnin)
7.00 pagi - 5.00 petang (perjalanan ke Bangi)
6.00 petang (Solat Berjamaah bersama Tuan Guru Dr. Haron Din)
- Majlis Zikir
- Solat Isya'
- Kuliah

31/5/2011 (Selasa)
5.00 pagi (Solat Subuh berjemaah bersama Tn. Guru)
6.30 pagi (Praktikum bersama Tn Guru)
12.30 t/hari (makan tengah hari)
8.00 malam - 12.00 t/malam (Praktikum Bersama Ustaz Mokhtar Kasan)

1/5/2011 (Rabu)
Aktiviti Bebas
Pulang ke Destinasi Masing-Masing

Semua peserta lelaki dikehendaki membawa jubah putih/baju putih lengan panjang, kupiah putih dan tag nama (ahli) semasa berada di darussyifa' Bangi

Khamis, 5 Mei 2011

Bahan-Bahan Rawatan Penyakit Jasmani

asma
lendir belut (tidak najis)/
kelapa tumbuh /
madu lebah & getah buah betik muda /
sup anak burung ciak (kanak-kanak)

buasir
daun semperai
batu karang
serai wangi
gula batu
daun batu ginjal

kencing manis
akar inai /
kulit jering /
akar terung masam /
daun hempedu bumi /
daun misai kucing /
daun tin & betik kering /
akar patawati (akar seruntum)

darah tinggi
daun misai kucing /
daun hempedu bumi /
akar patawali (akar seruntum)
air panas

ketumbuhan
air (sebaik-baiknya air zam-zam)
mangkuk putih
kapur kerang / kapur siput (bukan kapur batu)

kayap
rumput sambau
bedak sejuk asli
sebiji mangkuk putih

migraine
air
kain putih sebesar dua jari untuk melilit kepala

gout
madu lebah
kapur sirih
buah limau nipis
air

resdung
bekam kain lilin yang didoakan /
bunga pokok daun senduduk /
akar pokok daun senduduk /
isi terung kemal /
akar pokok mengkunyit /
cium bunga daun bawang merah

gastrik
bunga betik jantan
air
seketul garam jantan

demam campak
daun mamu (letak tempat tidur, sapu pada badan & dibuat mandi)
daun asam jawa dan bedak sejuk (hilang parut campak)

mandul
air zam-zam / air hujan malam Jumaat
2 akar pokok jejawi berpintal / 2 akar pokok kayu ara berbelit

kolestrol
jintan hitam & madu lebah asli /
batang saderi
darah rendah
organ dalaman haiwan halal (hati/otak/limpa/jantung)
lebihkan sedikit garam
kerang

lekat atau tercekik tulang
pegang tangan kucing dan menggarukannya beberapa kali di leher pesakit (berhati-hati)

benda tajam dalam badan (terkena paku)
daun sirih
gambir
kapur
pinang

kanser
air
mangkuk putih
rumput sambau
kapur kulit kerang
barah tulang
daun delima
daun inai
kunyit hidup / ibu kunyit
bedak sejuk asli

penyakit buah pinggang
akar mengkuang /
isi lobak putih (dikisar)

penyakit jantung
satu sudu madu asli, sebiji telur ayam kampong & 7 biji lada hitam digaul makan pagi)
kelapa muda & 7 biji ketumbar (minum petang)
air didoakan (sapu di dada)

sopak
kulit pisang emas
air zam-zam
sawan tarik
air
daun kacang botol

lumpuh
seekor arnab jantan
sebiji halia bara (merah)
sebiji ibu kunyit
sedikit ingu
sebiji bunga lawang

demam panas
kanak-kanak = kain putih basah (di dahi/ lap – celah ketiak & kelangkang / lipatan)
dewasa = air + daun mengkudu / inai / gandarusa / buah delima / daun bunga raya

penyakit kulit
daun belimbing besi
gambir
air

sakit kepala
daun inai
air

sakit sendi
air
satu sudu kapur sirih
satu biji limau nipis
satu sudu madu lebah

penyakit mata
air zam-zam
air embun pagi (daun pucuk pisang / daun pucuk bemban)
bunga rumput lembu

sakit perut
pucuk jambu batu
sakit perut (kanan) - urut betis (kiri)
madu lebah asli

batuk
madu lebah asli
limau nipis
air
sudu plastik / kaca

sakit gigi
tiga kuntum bunga cengkih (dimamah lumat) /
air garam suam & sebatang serai (bahagian tengah dipanas & digigit)

kencing malam
air doa
madu lebah asli

cirit-birit
pucuk jambu batu (dikunyah) /
susu segar (kambing - diminum) /
2 biji selasih (direndam & diminum bersama gula melaka & gula apong)

Isnin, 4 April 2011

Kuliah Pengubatan Islam Siri 3/2011

Tempat : The Regency Rajah Court Hotel (Royalist Hall)
Penceramah: Dr Huda & Dr Azlin dari Darussyifa' Bangi

16 APRIL 2011 (SABTU)
MASA KULIAH / SESI
2.00 – 5.00 petang - Kuliah 1
6.30 – 8.30 malam - Majlis Zikir
8.30 – 10.30 malam - Kuliah 2

17 APRIL 2011 (AHAD)
MASA KULIAH / SESI
8.00 – 10.00 pagi - Kuliah 3
10.00 – 10.30 pagi - Rehat
10.30 – 12.30 tengahari - Kuliah 4
12.30 – 1.30 tengahari - Rehat
1.30 – 5.30 petang - Kuliah 5

Semua pelajar dan ahli dipohon agar menepati masa yang ditetapkan. Sila pastikan tuan / puan / cik mengambil maklum dan mengambil tindakan untuk mengikuti sesi kuliah yang ditetapkan.

Jumaat, 1 April 2011

Kaedah Rawatan Darussyifa'

Mulakan setiap rawatan dengan Istighfar, Surah al-Fatihah & Selawat

Keberkesanan sesuatu rawatan bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah swt. Dengan itu bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat daripada Allah swt, adalah perlu memulakan setiap rawatan dengan memohon ampun daripada Allah swt, beristighfar tiga kali diikuti dengan membaca Surah al-Fatihah dan selawat kepada Rasulullah saw terlebih dahulu.

Rawatan Doa & Air

Di samping membaca doa-doa dan ayat-ayat al-Quran, air digunakan sebagai bahan utama dalam rawatan. Selepas doa-doa dibacakan, ditiupkan pada air, juga pada tempat yang sakit. Umumnya air yang telah didoakan itu disapu pada tempat sakit dan dibuat minum. Jika perlu dicampurkan dalam air mandian untuk bilasan terakhir.

Jika pesakit berada di samping, tangan kanan perawat memegang di tempat yang sakit. Manakala tangan kiri memegang botol air. Botol dibawa berhampiran dengan mulut perawat, bacakan doa dengan niat yang tulus ikhlas mohon Allah swt menyembuhkan penyakit yang dihidapi, selesai berdoa tiup pada air di mulut botol.

Berikut disenaraikan jenis-jenis air mengikut turutan yang paling baik;

1. Air Zam-zam (yang paling baik)
2. Air jernih biasa yang telah dibacakan Surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih.
3. Air dari kolah di Masjid yang digunakan untuk wuduk
4. Air hujan malam Jumaat yang ditadah terus dari langit
5. Air Mineral semulajadi
6. Air RO (Reverse Osmosis)
7. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci

Selasa, 22 Mac 2011

Bacaan Ikhtiar Masalah Rumit

Hutang
1. Hadis Riwayat Abu Daud

Murah Rezeki
1. Surah ali 'Imran : 26-27
2. Doa-Doa Murah Rezeki

Menghentikan Tabiat Buruk
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Munjiyyah dibaca 100X

3. Ayat Kursi dibaca 100X
4. Surah al-Ikhlas dibaca 100X
5. Surah al-Maidah 90-92

Keselematan Diri & Harta Benda
1. Ayat Kursi
2. al-Mu'awwizat {Surah al-Ikhlas, Surah Falaq & Surah al-Nas}
3. Ayat Pelindung & Pendiding
4. Doa Pelindung
5. Doa Keselamatan

Penahan (Luka/Muntah/Kencing Tak Tus/dll)
1. Surah al-Fatihah
2. Surah al-Masad : 1
3. Surah Yasin : 38
4. Ayat Penahan Surah Hud : 44
5. Surah al-Ikhlas

Selusuh
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
3. Selawat Syifa'
4. Ayat & Doa selusuh
a. Surah al-Insyiqaq : 4-5
b. Surah al-Nazi'at : 46
c. Doa Selusuh
d. Doa Pemudah

Memudah Bersalin
1. Surah al-Insyiqaq : 4-5
2. Surah al-Nazi'at : 46
3. Surah al-Ahqaf : 35
4. Surah Yunus : 3
5. Ayat Kursi
6. Surah al-A'raf : 54
7. al-Mu'awwizatain {Surah al-Falaq & Surah al-Nas}

Rawatan Ulangan
1. Astaghfirullah ...
2. La Ilaha Illallah wahdah ...
3. Allahummal Tuf ...
4. Ya Latifan ...
5. Rabbunallah ...

Pendekat Jodoh
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Bertemu Jodoh

Membuang Sihir Pembenci / Pelalau
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyyah
3. Ayat Kursi
4. Surah al-Taubah : 42
5. Surah al-Nur : 35
6. Surah al-Jin
7. Disudahi dengan bacaan {Bismillah, Allahu Akbar 3X}

Pemisah
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Pemisah

Selera Makan
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. surah Quraisy
4. Ayat Perangsang Selera {Surah Fussilat : 31-32}

Kehilangan (Anak Lari Dari Rumah)
1. Surah Yasin
2. Surah al-Ra'd : 31 sebanyak 31 kali

Bacaan Rawatan Penyakit II

Demam Panas
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa {Bismillahil Kabir ...}
4. Doa Penyejuk

Selesema
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Penyejuk

Penyakit Kulit
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

Sakit Kepala
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Sakit Kepala {al-Waqi'ah : 19}
4. Doa {Bismillahil Kabir ...}

Sakit Sendi
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

Sakit Mata
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penyakit Mata
a. Doa Kesembuhan Penyakit
b. Surah Qaf : 22
c. Surah al-Qalam : 5

Buta Seluang

1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Buta seluang

Sakit Mata Sebab Sihir
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Menentang & Melawan Sihir
a. Surah Yunus : 81-82
b. Surah al-'Araaf : 118-122
c. Surah Taa Haa : 69
d. Surah al-Nissaa' : 84
e. Surah Yusuf : 64
4. Doa Menghindar Syaitan
5. Doa Penyakit Mata

Tahi Mata Berlebihan
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Tahi Mata Berlebihan

Mata Dimasuki Benda
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penyakit Mata

Sakit Perut
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7 Kali}
4. Doa Sakit Perut

Batuk
1. Surah al-fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

Bisa
1. Surah al-Fatihah
2. Bismillah Tujuh
3. Bismillah Lima

Sesak Nafas
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq & Surah al-Nas}
4. Surah al-Insyirah
5. Doa Melegakan Sesak Nafas
a. Surah al-An'am : 125
b. Surah al-Zumar : 22

Dada Berdebar-Debar
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat
4. Doa Melegakan Debaran Dada
a. Surah al-Ra'd : 28
b. Surah al-An'am : 13
c. Surah al-Syura : 33
d. Surah al-Furqan : 45

Sakit Gigi Biasa
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Sakit Gigi

Sakit Gigi Bernanah, Gusi Bengkak & Barah Gigi
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa Pengecil
4. al-Mu'awwizat

Kencing Malam
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah {Surah al-Mukminun : 115-118}
3. Ayat Penahan {Surah Hud : 44}

Cirit-Birit
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghalang sakit {Baca 7X}
5. Doa Sakit Perut

Bacaan Rawatan Penyakit I

Asma / Lelah
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Doa Penghilang Sakit

Batu Karang
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Ayat Pemecah {al-Mukminun : 115-118}
3. Selawat Syifa'

Buasir

1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
5. Doa Tambahan (Belum Sembuh)

Diabetes
1. Surah al-Fatihah
2. Doa {allahumma rabbannas …}
3. Doa ‘Ilaj Ilahi

Darah Tinggi
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Selawat Syifa’
4. Doa {‘a’uzu billahil ‘azim min syarri kulli ‘irqin …}

Ketumbuhan / Tumor
1. Surah al-Fatihah
2. Surah al-Ikhlas
3. Doa Pengecil Bengkak
4. Surah al-Qalam 1:3

Kayap
1. Surah al-Fatihah
2. Bismillah Lima
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
4. Selawat Syifa’
5. Surah al-Qalam : 1

Migrin
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Surah al-Waqi’ah : 19 {baca 7X}
4. Doa Penyejuk

Gout
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
4. Doa Pengecil Bengkak

Resdung
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {tangan kanan pegang hidung}
5. Baca 7X al-Isra’ : 82 {tangan kanan pegang hidung}

Gastrik
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’Doa Penghilang Sakit
3. Demam Campak
4. Surah al-Fatihah
5. Selawat Syifa’
6. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

Mandul / Mendapat Zuriat

1. Surah al-Fatihah
2. Doa Mendapat Zuriat {Baca 7X}
3. Ayat Pemecah & Kesuburan
4. Doa Mengatasi Penyakit Rumit {Baca 7X}

Mandul Kerana Gangguan Makhluk Halus
1. Surah al-Fatihah
2. Surah al-Baqarah : 1-5
3. Ayat Kursi {al-Baqarah : 255}
4. Surah al-Baqarah : 285-286
5. Ayat-Ayat Menyakiti Jin
a. Surah al-Nisa : 167-172
b. Surah al-Mukminun : 115-118
c. Surah al-Zalzalah
d. Surah al-Kafirun
e. Surah al-Ikhlas

Kolestrol
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa Penyejuk

Darah Rendah
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

Tercekik Tulang / Tertusuk Benda Tajam
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyyah
3. Surah al-Qasas : 85 {Baca 7X}

Barah / Kanser
1. Surah al-Fatihah {Baca 1X}
2. Surah al-Ikhlas {Baca 4X}
3. Doa Pengecil Bengkak
3. Surah al-Qalam : 1-2

Buah Pinggang
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Ayat Pemecah {al-Mukminun : 115-118}
4. Surah al-Syu’ara : 130

Penyakit Jantung
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

Sopak
1. Surah al-Fatihah
2. Surah Ali ‘Imran : 49

Sawan Tarik
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyyah
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
4. Doa {Bismillahil Kabir …}

Lumpuh
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’ {Baca 7X}
3. Selawat Tafrijiyyah {Baca 7X}
4. Ayat Pemecah & kesuburan al-Anbiya’ : 30 {Baca 7X}
5. Doa Lumpuh

Koma
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa’ {Baca 7X}
3. Selawat Tafrijiyyah {Baca 7X}
4. Doa {subhana man amruhu …} {Baca 7X}
5. Doa Khusus {as-alullahal 'azim .... baca 7X}

Bacaan Rawatan Penyakit Rohani

Gila Meroyan
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
3. Doa Penyejuk
4. Ruqyah Nabawiyah
5. Doa Menghindar Syaitan

Nyanyuk
1. Doa {allahumma inni a'uzubika minal 'ajzi ...}
2. Surah al-Taubah : 128-129

Penerang Hati & Lupa
1. Surah al-Fatihah baca 7X
2. Surah al-Insyirah
3. Doa Penerang Hati
4. Doa Tambahan {allahummarhamni bitarkil ma'asi ...}

Marah / Panas Baran
1. Menyebuat A'uzubillah minasyaitainirrajim
2. Doa {allahummaghfirli zanbi ...}
3. Berwudu' / Mandi


Pelembut Hati
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
3. Ayat Pelembut Hati {Surah Taa Haa : 1-5}
4. Doa Pelembut Hati

Sukar Tidur Malam
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Mengatasi Sukar Tidur
3. Doa Terkejut Daripada Tidur

Bayi Terkejut Dari Tidur
1. Surah al-Zalzalah
2. Surah al-Kahfi : 11-12
3. Surah Ali Imran : 18
4. Surah al-Isra' 110-111
5. Surah al-Taubah : 128-129

Was-Was
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Menghindar Syaitan
3. Ayat Kursi
4. Al-Mu'awwizat

Lemah Semangat
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {Baca 7X}

Fobia / Darah Gemuruh
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa
3. Doa Atasi Fobia

Sakit Rindu
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyyah
3. Surah al-Qasas : 85

Masalah Rumahtangga
1. Doa Rumahtangga Bersatupadu
2. Ayat Seribu Dinar
3. Doa Kebahagian Rumahtangga {Surah al-Furqan : 74}

Trauma / Kecederaan

1. Surah al-Fatihah
2. Sayyidul Istighfar
3. Doa Mengatasi Kerunsingan
4. Doa Mengatasi Sukar Tidur

5. Doa Ketika Ditimpa Musibah
6. Doa {allahumma inni a'uzubika minal hammi ...}

Latah
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Selawat Syifa'
4. Selawat Tafrijiyyah
5. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
6. Ruqyah Nabawiyah

Amukan
1. Baca {walyatalattaf ...} Surah al-Kahfi : 19
2. Surah al-Taubah : 128-129

Badi
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Penggerak
3. Doa Penyakit Badi
4. Tambahan
a. Selawat Tafrijiyyah
b. Doa Menghindar Syaitan

Kenan & Kecacatan Bayi
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Penggerak
3. Doa Penyakit Badi
4. Doa Menjauhi Kenan

Gangguan @ Rumah / Pejabat
1. Surah al-Fatihah
2. Surah Yasin
3. Ayat Kursi
4. Surah al-Ikhlas
5. Surah al-Falaq
6. Surah al-Naas
7. Ruqyah Nabawiyah
8. Doa Menghindar Syaitan
9.
Doa Mendiami Tempat Baharu / Gangguan

Histeria Disebabkan Sihir
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Menghindar Syaitan
3. Ayat Pembatal Sihir {Surah Yunus : 81-82}
4. Ayat Penunduk Sihir {Surah al-A'raf : 118-122} & {Surah Taa Haa : 69}
5. Ayat Pendinding Daripada Sihir {Surah al-Nisa' : 84} & {Surah Yusuf : 64}
6. Ayat Pemecah
7. Ayat Kursi
8. Ayat {ukhruj ya 'aduwwallah}

Histeria Disebabkan Rasukan Syaitan
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah {Surah al-Mukminun : 115-118}
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {Surah al-Hasyr : 21-24}
4. Ayat Kursi
5. al-Mu'awwizat

Histeria Pada Kanak-Kanak
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Tafrijiyyah
3. Doa Nabi Sulaiman

Isnin, 21 Mac 2011

Merawat MLNG Petronas Bintulu

13 & 14 Mac 2010 , Seramai 10 orang ahli darussyifa' Cawangan Sarawak telah dijemput untuk merawat MLNG Petronas Bintulu.

 



Isnin, 7 Mac 2011

Sesi Kuliah Agama DSS 2011

1. Kuliah Tauhid
- Hari : Setiap Rabu
- Masa : Maghrib - Isyak
- Penceramah : Tn Guru Ustaz Akram Zaki
- Buku : Buku Iman oleh Muhd. Naim Yasin. (Buku tambahan sebanyak 30 naskhah telah dibeli dengan harga RM 25.00).

2. Kuliah Tajwid

- Hari : Setiap Khamis
- Masa : Maghrib - Isyak
- Penceramah : Ustaz Ahmad Farus Bin Saidi
- Nama Buku : Ilmu Tajwid Mengikut Bacaan Hafs Aliran Syatibiah
oleh Ibn Surur Shahabudin Annadawi
(harga RM40.00 sahaja dan boleh dibeli daripada Tn Hj Sahidi)

3. Kuliah Feqah
- Hari : Setiap Jumaat
- Masa : Maghrib - Isyak
- Penceramah : Us Anuar Jusoh
- Buku: Kitab al-Fiqh al-Manhaji, terjemahan Dr. Zulkifli al-Bakri.

4. Kuliah Tarannum (Terbaharu)
- Hari : Setiap Ahad
- Masa : Maghrib - Isyak
- Pencermah : Us Tn Hj Morshidi

Semua ahli, pelajar DSS dan orang ramai dijemput hadir.

Jumaat, 18 Februari 2011

Kuliah Siri ke-2 2011

Hari: Sabtu & Ahad
Tarikh: 19/2/2011 & 20/2/2011
Masa: 2.00 petang
Tempat: Markaz Darussyifa Sarawak (Heritage Garden, Kuching)
Penceramah: Tn Guru Haji Mokhtar Kassan dari Darussyifa Pusat Bangi.













Apa yang patut dibawa:
1) beberapa helai daun nangka
2) tracing paper
3) lampu suluh
4) kertas surat khabar lama bersaiz besar
5) 2 genggam beras pulut
6) sekaki tebu hitam (dipotong dadu)

7) halia muda dikupas kulitnya dan dihiris / dimayang halus-halus
8) Lampu suluh
9) Kanta pembesar (jika ada)

Apa yang tidak perlu dibawa:
1) anak-anak kecil
2) bukan ahli atau pelajar Darussyifa Sarawak

Harap maklum.

Ahad, 9 Januari 2011

Kuliah 1 Sesi 2011

Hari: Sabtu & Ahad
Tarikh: 22/1/2011 & 23/1/2011
Masa: 2.00 petang
Tempat: Markaz Darussyifa Sarawak (Heritage Garden, Kuching)
Penceramah: Tn Guru Ustaz Zakaria Nasirudin & Tn Guru Ustaz Zulkifli Zainon.

Kehadiran adalah wajib untuk pelajar dan ahli sahaja. Orang luar tidak dibenarkan masuk sama sekali. Semua pelajar dan ahli dilarang membawa anak kecil semasa kuliah, kerana mengganggu kelancaran perjalanan kuliah. Harap maklum.