Rabu, 13 Julai 2011

Seminar Perubatan Islam Anjuran Jabatan Kesihatan Sarawak Bahagian Perubatan Tradisonal dan Komplimentari

Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darussyifa' Cawangan Sarawak mengorak langkah ke hadapan dalam memartabatkan perubatan Islam dengan menghantar wakil selaku penceramah ke Seminar Perubatan Islam Anjuran Jabatan Kesihatan Sarawak Bahagian Perubatan Tradisonal dan Komplimentari bertempat di Hospital Miri Sarawak.

Seminar sehari ini telah diadakan pada 14 Julai 2011 dan dihadiri oleh lebih 100 orang pengamal perubatan dan masyarakat setempat yang berminat untuk mengetahui mengenai Perubatan Islam.

Sambutan daripada masyarakat setempat terutamanya para pengamal perubatan lain yang bernaung di bawah Traditional Complimentary Medicine (Perubatan Tradisional dan Komplimentari) Kementerian Kesihatan seperti akupuntur, perubatan herba Cina dan lain-lain amat menggalakkan. terdapat juga pengamal perubatan Cina yang datang dari negara Brunei Darussalam semata-mata untuk mengikuti Seminar tersebut.

Wakil Darussyifa' Sarawak membentangkan 2 Kertas Kerja yang bertajuk Konsep Pengubatan Islam dibentangkan oleh Setiausaha Darussyifa' Cawangan Sarawak manakala Makhluk Halus, Kaitannya dengan penyakit telah dibentangkan oleh Pengerusi Darussyifa' Cawangan sarawak..

Sambutan memberangsangkan dari masyarakat bukan beragama Islam amat dikagumi setelah hampir keseluruhan dewan dipenuhi oleh kaum Cina, Iban serta etnik-etnik lain yang terdapat di negeri Sarawak.

Sambutan menggalakkan ini mendorong pihak Jabatan Kesihatan Sarawak Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari telah berbincang dan menyatakan hasat untuk menganjurkan 'workshop' khusus untuk Perubatan Islam Darussyifa' selepas ini.

Sama-samalah kita berdoa semoga, Perubatan Islam Darussyifa' terus dimartabatkan demi menyelamatkan akidah umat Islam dari terpesong dengan mendapatkan rawatan dari pihak-pihak yang mengamalkan perubatan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan