Isnin, 4 April 2011

Kuliah Pengubatan Islam Siri 3/2011

Tempat : The Regency Rajah Court Hotel (Royalist Hall)
Penceramah: Dr Huda & Dr Azlin dari Darussyifa' Bangi

16 APRIL 2011 (SABTU)
MASA KULIAH / SESI
2.00 – 5.00 petang - Kuliah 1
6.30 – 8.30 malam - Majlis Zikir
8.30 – 10.30 malam - Kuliah 2

17 APRIL 2011 (AHAD)
MASA KULIAH / SESI
8.00 – 10.00 pagi - Kuliah 3
10.00 – 10.30 pagi - Rehat
10.30 – 12.30 tengahari - Kuliah 4
12.30 – 1.30 tengahari - Rehat
1.30 – 5.30 petang - Kuliah 5

Semua pelajar dan ahli dipohon agar menepati masa yang ditetapkan. Sila pastikan tuan / puan / cik mengambil maklum dan mengambil tindakan untuk mengikuti sesi kuliah yang ditetapkan.

Jumaat, 1 April 2011

Kaedah Rawatan Darussyifa'

Mulakan setiap rawatan dengan Istighfar, Surah al-Fatihah & Selawat

Keberkesanan sesuatu rawatan bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah swt. Dengan itu bagi mendapatkan keberkatan dan rahmat daripada Allah swt, adalah perlu memulakan setiap rawatan dengan memohon ampun daripada Allah swt, beristighfar tiga kali diikuti dengan membaca Surah al-Fatihah dan selawat kepada Rasulullah saw terlebih dahulu.

Rawatan Doa & Air

Di samping membaca doa-doa dan ayat-ayat al-Quran, air digunakan sebagai bahan utama dalam rawatan. Selepas doa-doa dibacakan, ditiupkan pada air, juga pada tempat yang sakit. Umumnya air yang telah didoakan itu disapu pada tempat sakit dan dibuat minum. Jika perlu dicampurkan dalam air mandian untuk bilasan terakhir.

Jika pesakit berada di samping, tangan kanan perawat memegang di tempat yang sakit. Manakala tangan kiri memegang botol air. Botol dibawa berhampiran dengan mulut perawat, bacakan doa dengan niat yang tulus ikhlas mohon Allah swt menyembuhkan penyakit yang dihidapi, selesai berdoa tiup pada air di mulut botol.

Berikut disenaraikan jenis-jenis air mengikut turutan yang paling baik;

1. Air Zam-zam (yang paling baik)
2. Air jernih biasa yang telah dibacakan Surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih.
3. Air dari kolah di Masjid yang digunakan untuk wuduk
4. Air hujan malam Jumaat yang ditadah terus dari langit
5. Air Mineral semulajadi
6. Air RO (Reverse Osmosis)
7. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci