Isnin, 23 Disember 2013

JEMPUTAN MERAWAT SMKA SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB.












Assalamualaikum. Mohon ahli Darussyifa' Sarawak membantu. Harap maklum.

 
 
  

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA

SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB,
TAMAN MATANG JAYA,
JALAN MATANG,
93050 KUCHING.  
 Telefon          :     082-641053
  Fax          :     082-640195
                                           Ruj. Kami :      JPS(W)/SHOAW(Pent)/153/07/09 (     )
Tarikh       :   23 Disember 2013
Pengerusi
Perubatan Islam Darussyifa’ Malaysia
Cawangan Sarawak
Kuching

Tuan,

MAJLIS DOA SELAMAT DAN RAWATAN PERSEKITARAN BANGUNAN BAHARU
SMKA SHOAW DI TAPAK BAHARU

Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas adalah dirujuk.

2.Sukacitanya dimaklumkan bahawa SMKA SHOAW telah berpindah ke tapak baharu seperti alamat di atas .  
3.Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati berhajat memohon pertolongan pihak tuan bagi melaksanakan perkara tersebut di atas seperti rincian berikut:

3.1Tarikh:25.12.2013 / Rabu
3.2Masa:9.00 pagi
3.3Tempat:Surau SMKA SHOAW (Tapak baharu)
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubungan dengan Pengetua, Puan Hajah Norlela binti Bujang di talian019-8837040.

Segala pertolongan dan kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih‘jazakallahu khairun jazak’.

Sekian.

“Pengurusan Berkualiti Pendidikan Bestari”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “ 

Saya yang menurut perintah,

                                      
   
( NORLELA BINTI BUJANG )
Pengetua
SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
Kuching
/hha