Sabtu, 15 April 2017

Merawat Restoran Al-Yamani

Aktiviti merawat restoran Al-Yaman
Tarikh: 16.04.2017 (Ahad)
Jam: 8.00pagi
Kehadiran Perawat: 14 orang















Sabtu, 1 April 2017

Darussyifa' Kekurangan Tenaga Pengamal


Sejak ditubuhkan 2008, rawatan perubatan Islam kian dapat sambutan: Ustaz Awg Ariffin 


MIRI: Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) Cawangan Sarawak telah merekodkan lebih 1,000 rawatan perubatan Islam sejak 2010.
Menurut pengerusinya Ustaz Awang Ariffin Awang Kamaruddin, ia tidak termasuk rawatan yang tidak direkodkan sejak kewujudannya pada tahun 2008.
“Kadang-kadang terlalu banyak pihak yang meminta pertolongan dan kita terpaksa memberikan keutamaan kepada kes-kes kronik terlebih dahulu dan yang kurang kronik kita kemudiankan, kita tidak terus abaikan sahaja,” katanya kepada Utusan Borneo semalam ketika berada di Seminar Perubatan Tradisional dan Komplimentari bertempat di Hospital Miri, semalam.
Oleh sebab itu, beliau mengatakan bahawa Darussyifa’ di negeri ini masih kekurangan tenaga pengamal perubatan walaupun mempunyai ambilan pelajar setiap tahun semenjak 2008.
“Kita (Darussyifa’ Sarawak) setakat ini telah mempunyai 135 orang pengamal perubatan Islam yang mempunyai sijil diiktiraf daripada pembelajaran selama setahun sejak 2008,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, tidak semua penerima sijil berkenaan boleh menjadi tenaga pengamal perubatan secara penuh dan bergantung kepada penglibatan mereka.
“Kita mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menghubungi kita bagi mendapatkan latihan,” katanya.
Menurut Awg Ariffin, Darussyifa’ juga merupakan satu-satunya persatuan pengamal perubatan Islam tidak berasaskan keuntungan yang diiktiraf oleh Jabatan Kesihatan di seluruh Malaysia.
Pada masa sama beliau menyeru sesiapa yang berminat mengikuti pengajian boleh menghubungi beliau sendiri di talian 019-8599666 atau melalui e-mel beralamat di darussyifasarawak@gmail.com.
Darussyifa’ Cawangan Sarawak yang telah wujud sejak tahun 2008 kini beralamat di Pusat Rawatan Islam Darussyifa’ Cawangan Sarawak, Lot 12960 KTLD No. 16, Tingkat 1, Heritage Garden, 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Borneo

Sumber: Utusan Borneo, July 15, 2011, Friday