Jumaat, 31 Ogos 2012

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI

Assalamualaikum...
Semua ahli dan pelajar PKPI Darussyifa' Sarawak dijemput hadir ke rumah terbuka aidil fitri penasihat Darussyifa' Sarawak Tn. Guru Hj Akram Zaki pada 2 September 2012 (Ahad) mulai jam 2.00 petang hingga jam 6.30 petang di kediaman beliau. Taqabbalallahu minna wa minkum taqabbal ya karim....

Sabtu, 11 Ogos 2012

KULIAH TAFAQQUH FIDDIN

Satu kuliah talaqqi kitab Fiqh Ibadah akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 8 dan 9 September 2012 (Sabtu dan Ahad)
Tempat: Hotel Grand Continental, Kuching
Penceramah: Dr Wahab Salleh
Kitab: al-Fiqh al-Manhaji Mazhab as-Syafie,
          ( karangan ashab al-Fadhilah Dr Mustafa al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha & Dr Ali al-Syarbaji,   
           terjemahan oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri)
Yuran pendaftaran: RM120.00 seorang (Terhad kepada 150 orang sahaja)

Sehubungan itu, tuan/puan dijemput menyertai majlis ilmiah ini. Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan Ustaz A'dni Md Ghazali - 0198198477. Tempat adalah terhad.

Ahad, 22 Julai 2012

Selamat Menyambut Ramadhan 1433

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dari semua AJK dan ahli PKPI Darussyifa Cawangan Sarawak. Bersempena bulan yang barakah ini, klinik ditutup sepanjang Ramadhan. Walau bagaimanapun majlis zikir dan solat sunat tarawikh diteruskan pada setiap malam Sabtu. Harap maklum. 

Isnin, 16 Julai 2012

PENANGGUHAN KULIAH SIRAH

Adalah dimaklumkan bahawa kuliah sirah pada esok hari (Rabu 18 Julai 2012) dibatalkan kerana Tn Guru Ustaz Akram Zaki berada di KL atas urusan rasmi. Harap maklum.

Rabu, 4 Julai 2012

KULIAH PENGUBATAN ISLAM SIRI 9/2012

Tarikh: 14 dan 15 Julai 2012
Hari: Sabtu dan Ahad
Tempat: Darussyifa Sarawak, Taman Heritage


Kuliah: Anatomi dan Fisiologi

Penceramah:
- Dr Azlin bin Azzuddin
- Dr Huda binti Dato' Harun Din



Kuliah: Communication Skills

Penceramah: Pn Salwa binti Dato' Harun Din

Mohon kerjasama peserta kursus / pelajar mengikut jadual yang ditetapkan.

Rabu, 20 Jun 2012

Kuliah Pengubatan Islam siri 8/2012

Kuliah Siri 8 (Kuliah Resdung)

Tarikh: 30 Jun dan 1 Julai 2012
Hari: Sabtu dan Ahad
Tempat: Darussyifa Sarawak, Taman Heritage
Penceramah:Tuan Guru Ustaz Haji Abd Rashid Ahmad dari Bangi (Pakar Resdung)

 












Mohon kerjasama semua pelajar / peserta kursus menyediakan bahan-bahan berikut:
  1. 7 helai kain cotton kasar warna putih (3.5 in X 6 in)
  2. 3 batang lilin 
  3. kayu chopstick
  4. bekas alumunium untuk melebur lilin
  5. pemetik api
  6. alas untuk melapik meja semasa menggulung kain lilin resdung
Mohon maklumkan rakan pelajar yang lain. 

Rabu, 13 Jun 2012

MAKLUMAT PENTING

BARANG KEPERLUAN PESERTA KURSUS PKPI SIRI 7 (Kuliah Santau) :

  1. Daun nangka
  2. Tracing paper / kertas surih saiz A3
  3. Kanta pembesar
  4. Lampu suluh (lampu kuning)
  5. Surat khabar saiz besar (Utusan/BorneoPost)
  6. Penyepit (4)
  7. Beras pulut yang telah dibasuh dan dijemur (kering)
  8. Halia - rincikkan
  9. Tebu hitam
  10. Madu lebah 
  11. Getah pengikat
Mohon pelajar dan peserta kursus menyediakan bahan-bahan di atas bagi menjayakan kuliah tersebut. Harap maklum.

Selasa, 12 Jun 2012

KULIAH SIRAH NABAWIYYAH

Hari : Setiap hari Rabu (mulai 13 Jun 2012)
Masa : Selepas solat maghrib
Tempat : Markaz Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage
Buku : Arrahiq al-Makhtum (Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri, penterjemah: Muhammad Ramzi Omar), terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke kuliah tersebut. Terbuka kepada orang ramai.

Isnin, 11 Jun 2012

KULIAH SIRI 7/2012


Tarikh: 16 dan 17 Jun 2012 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Dewan PKPI Malaysia (Darussyifa') Sarawak, Taman Heritage
Penceramah: Tuan Guru Hj Mokhtar Kassan


Mohon perhatian semua pelajar/peserta kursus:
- jadual adalah seperti kuliah-kuliah sebelum ini
- sila patuhi jadual waktu
- sila buat persediaan awal
- sila maklumkan rakan-rakan pelajar yang lain

- kehadiran tuan/puan amat penting agar tidak menjejaskan prestasi serta reputasi untuk diijazahkan.
Syukran.

Selasa, 22 Mei 2012

PENANGGUHAN KULIAH ALWAJIZ



Adalah dimaklumkan bahawa kuliah al-Wajiz pada hari Rabu malam Khamis yang disampaikan oleh Ustaz Ishak ditangguh buat seketika waktu. Harap maklum.

Rabu, 16 Mei 2012

PENANGGUHAN KULIAH SIRI 7/2012

Adalah dimaklumkan bahawa kuliah siri 7/2012 pada 19 dan 20 Mei ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Sebarang kesulitan amat dikesali dan AJK PKPI Malaysia, Darussyifa' Sarawak memohon kemaafan di atas penangguhan kuliah berkenaan. Sila maklumkan rakan-rakan pelajar semua. Harap maklum.

Selasa, 24 April 2012

TALAQQI BUKU ALWAJIZ

Assalamualaikum

Adalah dimaklumkan kuliah Tauhid bersama Tuan Guru Haji Ustaz Akram Zaki telah tamat pada minggu lepas. Kuliah bermula pada 25/4/2012 (Rabu)  diteruskan dengan buku "al-Wajiz: Nota Ringkas Pengurusan Jenazah" keluaran Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kuching. Buku boleh dibeli di Markas Darussyifa' Malaysia Cawangan Sarawak dengan harga RM10.00. Sekian, harap maklum.

Khamis, 19 April 2012

KULIAH SIRI 5, 6 DAN 7/2012


KULIAH SIRI 5/2012

Tarikh:  21dan 22 April 2012 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Dewan Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage
Penceramah: Ustaz Zaki bin Ya


KULIAH SIRI 6/2012

Tarikh: 12 dan 13 Mei  2012 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Dewan Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage
Penceramah: Dr. Rushdi bin Ramli dan Ustaz Abdussamad bin Hamad




KULIAH SIRI 7/2012

Tarikh: 19 dan 20 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Dewan Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage
Penceramah: Ustaz Abdul Razak bin Mahadi


Mohon perhatian semua pelajar/peserta kursus:
- jadual adalah seperti kuliah-kuliah sebelum ini
- sila patuhi jadual waktu
- sila buat persediaan awal
- sila urus jadual peribadi pada tarikh-tarikh tersebut
- kehadiran tuan/puan amat penting agar tidak menjejaskan prestasi serta reputasi untuk diijazahkan.
Syukran.

Khamis, 5 April 2012

UJIAN TASMI' DAN KULIAH SIRI 4/2012

Tempat : Dewan Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage
Pentasmi' / Penceramah: Ustaz Imran Kamal Basha dan Ustaz Ashaari Mahat


7 APRIL 2012 (SABTU)
MASA TASMI' / KULIAH / SESI
2.00 – 5.00 petang - Ujian Tasmi'
6.30 – 8.30 malam - Majlis Zikir
8.30 – 10.30 malam - Kuliah 1

8 APRIL 2012 (AHAD)
MASA KULIAH / SESI
8.00 – 10.00 pagi - Kuliah 2
10.00 – 10.30 pagi - Rehat
10.30 – 12.30 tengahari - Kuliah 3
12.30 – Rehat, Solat Zohor dan bersurai..

Semua pelajar diharap bersedia untuk ujian tasmi' dan didoakan semoga berjaya. Sila
maklumkan kepada rakan pelajar yang lain. Syukran.

RAWATAN PREMIS: SK BUNTAL


Pihak SK Buntal telah memohon Darussyifa' Malaysia Sarawak untuk merawat premis pada:

Tarikh : 6 April 2012 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi

Sehubungan itu, ahli PKPI Darussyifa' Malaysia Sarawak dimohon untuk membantu rawatan dan berkumpul di markas pada jam 8.00 pagi atau terus ke sana.

Sabtu, 31 Mac 2012

MAKLUMAT PENTING ! KEPADA SEMUA PERAWAT & AHLI PKPI MALAYSIA DARUSSYIFA' SARAWAK.

Taklimat berkaitan ' Etika Ahli & Perawat PKPI Malaysia Darussyifa' Sarawak' akan dilaksanakan pada:

Tarikh: 4 April 2012.
Hari: Rabu malam Khamis.
Tempat: Markas PKPI Malaysia Darussyifa' Sarawak, Heritage Garden.
Masa: Bermula dengan solat Maghrib berjemaah.

Kehadiran adalah WAJIB KEPADA PEMEGANG KAD PERAWAT dan AHLI PKPI Malaysia Darussyifa' Sarawak. Kegagalan hadir akan menjejaskan status pemegang kad perawat dan peluang memohon kad perawat. Harap maklum.

Khamis, 22 Mac 2012

KULIAH PENGUBATAN ISLAM SIRI 3/2012

Kuliah Pengubatan Islam Siri 3/2012

Tempat : Dewan Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage
Penceramah: Dr. Abdullah dari Darussyifa' Pusat

24 MAC 2012 (SABTU)
MASA KULIAH / SESI
2.00 – 5.00 petang - Kuliah 1
6.30 – 8.30 malam - Majlis Zikir
8.30 – 10.30 malam - Kuliah 2

25 MAC 2012 (AHAD)
MASA KULIAH / SESI
8.00 – 10.00 pagi - Kuliah 3
10.00 – 10.30 pagi - Rehat
10.30 – 12.30 tengahari - Kuliah 4
12.30 – Rehat, Solat Zohor dan bersurai

Sehubungan itu, semua pelajar dimohon agar berada di dewan kuliah setengah jam sebelum kuliah bermula dan menepati masa yang ditetapkan. Sila pastikan tuan / puan / cik mengambil maklum dan mengambil tindakan untuk mengikuti sesi kuliah yang ditetapkan. Sila maklumkan kepada rakan pelajar yang lain. Syukran.

Ahad, 4 Mac 2012

Kuliah Tauhid 7/3/2012 ditangguhkan

Assalamualaikum

Adalah dimaklumkan kuliah Tauhid bersama Tuan Guru Haji Ustaz Akram Zaki ditangguhkan pada 7/3/2012 (Rabu) ini kepada minggu hadapan 14/3/2012 (Rabu). Harap maklum.

Selasa, 28 Februari 2012

PERUBAHAN TEMPAT KULIAH PENGUBATAN ISLAM SIRI 2/2012

Adalah dimaklumkan perubahan tempat kuliah pengubatan Islam pada 3 dan 4 Mac ini ke lokasi baru iaitu:
Dewan YADIM,
Tingkat 1, YADIM Zon Sarawak,
5026 Bangunan Shahnur,
Jalan Astana Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak.

Mohon kerjasama tuan/puan/cik untuk memaklumkan rakan-rakan pelajar yang lain. Syukran.

Ahad, 26 Februari 2012

Maklumat Penting Untuk Pelajar 4/2012

Kuliah Pengubatan Islam Siri 2/2012
- Kehadiran adalah WAJIB.
- Rakan pelajar dimohon agar berada di dewan kuliah setengah jam sebelum sesi bermula.
- Menggunakan pakaian seperti yang ditetapkan dan memakai tag nama pelajar.
- Dilarang membawa orang luar semasa sesi kuliah.

Kerjasama tuan/puan amat dihargai.

Kuliah Pengubatan Islam Siri 2/2012

Kuliah Pengubatan Islam Siri 2/2012
Tempat : Dewan Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage
Penceramah: Ustaz Sharudin Saad dari Darussyifa' Pusat

3 MAC 2012 (SABTU)
MASA KULIAH / SESI
2.00 – 5.00 petang - Kuliah 1
6.30 – 8.30 malam - Majlis Zikir
8.30 – 10.30 malam - Kuliah 2

4 MAC 2012 (AHAD)
MASA KULIAH / SESI
8.00 – 10.00 pagi - Kuliah 3
10.00 – 10.30 pagi - Rehat
10.30 – 12.30 tengahari - Kuliah 4
12.30 – Rehat, Solat Zohor dan bersurai


Semua pelajar dipohon agar berada di dewan kuliah setengah jam sebelum kuliah bermula dan menepati masa yang ditetapkan. Sila pastikan tuan / puan / cik mengambil maklum dan mengambil tindakan untuk mengikuti sesi kuliah yang ditetapkan.

Sabtu, 18 Februari 2012

Sekalong Penghargaan drp DS Sarawak

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk tuan guru Dato Dr Haron Din, tn hj. Abd. Rahman, dan rombongan ds pusat yang menjayakan majlis perasmian kuliah pengubatan lslam ambilan 4 pada 18 dan 19 disember 2012.

Terima kasih juga kepada JK DS Sarawak, ahli dan pelajar baru yang membantu menjayakan majlis perasmian kuliah pengubatan lslam.