Ahad, 24 September 2017
Mesyuarat Agung Ke-28 Darussyifa' Malaysia
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2017 (KALI KE-28)
TARIKH : 23.09.2017 (Sabtu)
MASA : 8.00 Pagi
TEMPAT : Dewan Solat Tingkat Atas,
Darussyifa' Pusat,
Bandar Baru Bangi.
*********************************
Antara Catatan dan Intipati Dari Mesyuarat;
AGENDA- 1:
Merasmikan Mesyuarat Agung Darussyifa' Malaysia Kali Ke-28 (Sesi 2016/2017). Terima kasih atas jemputan dan layanan yang istemewa.
Teruskanlah memartabatkan pengubatan Islam dalam usaha membantu ummah, suka kami kongsikan antara amanat Almarhum Tuan Guru Dato' Dr Haron Din ;
* Mengekalkan Darussyifa' sebagai role model.
* Mengekalkan integeriti.
* Memelihara akhlak yang mulia.
* Ikhlas.
* Jangan mengejar habuan dunia.
* Jangan meminta dan menetapkan bayaran untuk rawatan.
* Elakkan daripada menawaran diri untuk merawat.
* Lakukan semata-mata kerana Allah SWT.
* Anugerah kemuliaan daripada Allah SWT.
* Kita kuat bila pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.
* Berusahalah untuk menjadi perawat yang baik.
Akhir kalam kami berdoa semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dan mempermudahkan segala urusan dunia juga akhirat kita semua. Amin.
------------------------------------------------------------------
AGENDA KE- 2:
Ucapan Perasmian - SS Dato' Zulkifli Al- Bakry Mufti Wilayah Persekutuan (Penasihat Kehormat PPPKIM - Darussyifa');
*Telah menjadi ketetapan Sunnatuaallah - setiap yg bernafas pasti akan mati - Al-Fatihah untuk TGHD.
*Rawatan adalah fardhu kifayah yang bertujuan untuk membantu masyarakat mendapat keselesaan dlm kehidupan.
*Hanya Allah membalas kebaikan para perawat.
*Persatuan beerti satu iaitu mematuhi disiplin @peraturan yg telah ditetapkan.
*Persatuan adalah نظام الحياة @ disiplin kehidupan.
*Dengan banyaknya cara @ kepala yang mengatur akan merosakan persatuan.
*Bersatu adalah ramuan kesejahteraan , justeru, elakan bertelingkah, tidak berpuas hati dan seumpamanya kerana ia akan menjadi kabus kepada perpecahan.
*Bersatu dan menjadi satu di dalam berpersatuan akan menyuburkan pahala kebajikan khas untuk AlMarhum TGHD.
*Perbezaan pandangan perlu disalurkan dan dialirkan melalui jalan berpesatuan dan bermesyuarat.
*Dokong dan perkemaskan apa yang telah didhabitkan oleh AlMarhum TGHD.
*Al-Syafi Al-Haqiqi - al-Asbab bergantung kepada Al- Musabbib (Allah) serta gabungkan dengan ikhlas serta usaha yang bertetapatan syariah akan menghasilkan natijah yang terbaik dan diberkati.
*Masukan sifat mahmudah dan keluarkan sifat mazmumah. Carilah kekayaan melalui cara yang lain kerana mencari kekayaan tidak dilarang oleh Allah.
*Lidah basah berzikir kpd Allah, Hati yang sentiasa bersyukur kepada Allah, badan yang sihat untuk beramal dan beribadat kepada Allah menjadi faktor Allah menngekal dan menambah nikmat kepada hambaNya.
*Perjalanan Persatuan perlu sokongan serta dokongan dari semua ahli persatuan.
*Gelaran السابقون الاولون adalah istilah yang sesuai diberikan kepada ahli Darussyifa' yang sempat berguru serta beramal dengan ilmu rawatan yang telah diajarkan oleh Al- Marhum TGHD.
*Justeru berazamlah agar Darussyifa menjadi satu persatuan yang benar- benar ampuh dan kuku, perbalahan dapat dihapuskan, persengketaan akan terkubur bakal menjadikan Darussyifa sebagai persatuan yang dapat meneruskan visi serta misi dari TGHD.
*Contohi sahabat seperti Abu Bakr , Umar Al-Khattob dan lain-lain yang menonjol serta bersemangat menggiatkan usaha dakwah setelah kewafatan Rasulullah saw sehingga dapat membuka wilayah baru Islam serta menawan negara dan kota- kota yang suatu masa dahulu kebal dari dijajah.
24 Sep. 2014 /
02 Muh. 1439
الحقير
ابو محمد ذوالكفلي بن زينون القدحي
-------------------------------------------------------------------
Wakil Darussyifa' Sarawak ke Mesyuarat Agung:
(Dari kiri: Ustaz Mohd. Rosdi, Ustaz Awang Arippin dan Ustaz Mohamad Jasni)
Selasa, 5 September 2017
Rabu, 24 Mei 2017
Tiga Ahli Lembaga Darussyifa'
May 13, 2017
Mufti Wilayah Persekutuan Dilantik Ahli Lembaga Penasihat Darussyifa
BANGI, 16 Syaaban 1438H, Sabtu – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa) yang berperanan sebagai sumber rujukan dalam hal berkaitan agama.
Turut dilantik adalah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar dan Pakar Perunding Otorhinolaryngologi Hospital Serdang, Dr Mohamad Doi yang masing-masing dipertanggungjawab memberi pandangan dan nasihat dalam hal berkenaan undang-undang dan perubatan moden.
Pengerusinya, Abdul Rahman Ahmad berkata pelantikan itu akan memudahkan jawatankuasa Darussyifa membuat rujukan serta mendapat pandangan secara spesifik daripada pakar berkaitan dalam menjalankan urusan seharian, sekaligus memperkasakan lagi perkhidmatan yang ditawarkan.
Beliau berkata, setelah ketiadaan Datuk Dr Haron Din yang merupakan pengasas dan juga sumber rujukan utama dalam perjalanan pusat itu, pihaknya berpendapat Darussyifa memerlukan satu badan atau individu yang boleh berperanan memberi nasihat dalam tiga hal utama iaitu agama, undang-undang dan perubatan moden.
“Dulu semasa Allahyarham masih ada, semua persoalan berkaitan pentadbiran dan tiga perkara tersebut dirujuk kepada arwah dan saya sebagai pengerusi hanya laksana apa yang beliau katakan.
“Walaupun tidak berdepan masalah dalam membuat keputusan ketika ini kerana Darussyifa dipandu perlembagaan dan jawatankuasa, tetapi kami berpendapat kehadiran tiga pakar dalam bidang tersebut diperlukan dalam melonjakkan lagi kecemerlangan institusi selepas ketiadaan pengasasnya,” katanya pada majlis penyerahan watikah pelantikan itu di ibu pejabat Darussyifa di sini.
Abdul Rahman berkata, pemilihan ketiga-tiga tokoh itu dibuat melalui cadangan yang dikemukakan pengarah-pengarah Darussyifa negeri berdasarkan ketokohan, bidang, kemahiran serta peranan dalam komuniti sebelum keputusan akhir diputuskan bersama oleh semua ahli jawatankuasa Darussyifa.
Beliau berkata, walaupun telah memiliki individu dengan pelbagai kepakaran dalam jawatankuasa pengurusan di Darussyifa, institusi tersebut masih memerlukan idea dan kepakaran dari tiga ahli lembaga penasihat yang baharu itu dalam melonjakkan keupayaan Darussyifa antaranya sasaran menawarkan pengajian peringkat diploma dalam bidang perubatan Islam sepertimana dihasratkan Allahyarham Dr Haron.
Haron yang juga bekas Mursyidul Am PAS meninggal dunia pada 16 September 2016 di Hospital Standford, San Francisco, Amerika Syarikat ketika menjalani rawatan sakit jantung.
Ditubuhkan secara rasmi pada April 1988, Darussyifa kini memiliki 86 pusat rawatan di semua negeri di seluruh negara.
Dalam pada itu, Zainal Rijal berkata, pelantikan tersebut memberi lebih peluang kepadanya untuk menyumbang sesuatu kepada Darussyifa, institusi yang dianggap penting dalam memartabatkan rawatan perubatan Islam kepada masyarakat.
Katanya, sebagai ahli Darussyifa dan bekas anak murid Allahyarham, beliau komited meneruskan usaha menggemilangkan institusi dalam mendepani cabaran semasa terutamanya yang berkaitan undang-undang.
“Pelantikan ini mungkin atas sebab tertentu seperti keakraban dengan Almarhum, selain bayangan yang pernah dinyatakan tuan guru yang mahu saya ‘tengok-tengokkan’ Darussyifa jika beliau telah tiada,” katanya.
Bagi Dr Mohamad, pelantikan itu merupakan satu pengiktirafan namun sedar tanggungjawab besar menantinya kerana Darussyifa merupakan satu nama besar yang perlu terus dipertahan dan diperteguhkan.- Bernama
Khamis, 18 Mei 2017
Perasmian PRK Darussyifa' Sarawak Cawangan Semariang
Perasmian PRK Darussyifa’ Sarawak Cawangan Semariang
Alhamdulillah..majlis
perasmian Pusat Rawatan Kecil (PRK) Darussyifa Sarawak Cawangan Semariang telah
berlangsung dengan jayanya pada 13.05.2017 yang dihadiri oleh semua ahli
Darussyifa’ yang berada di sekitar Kuching. Aturcara majlis dimulai dengan
solat maghrib secara berjemaah dan seterusnya diikuti dengan solat hajat.
Pengisian program diteruskan
dengan bacaan yasin, bacaan ruqyah asas dan zikir beramai-ramai serta bacaan doa
yang dipimpin oleh Pengarah Darussyifa’ Sarawak, Ustaz Awang Arippin. Hadirin
menunaikan solat Isyak secara berjemaah.
Aturcara diteruskan dengan
ucapan aluan oleh Pengarah Darussyifa’ Sarawak bagi menyampaikan penghargaan
dan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya kepada penyumbang premis yang
bermurah hati mewakafkan premisnya untuk keggunaan aktiviti Darussyifa’ sekaligus
dapat memperkembangkan pergerakan persatuan dan menambah kemudahan dalam
menyumbang bakti kepada masyarakat yang memerlukan kidmat rawatan Islam khususnya
di bumi Sarawak.
Pengarah juga berkesempatan
menyampaikan amanat dari Penasihat Darussyifa’ Sarawak, Ustaz Akram Zaki agar
semua ahli terus istiqamah dengan Darussyifa’ seiring dengan hasrat Pengasasnya
Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din agar perjuangan Darussyifa’ terus
berkembang dan subur.
Tidak lupa juga ucapan syabas
dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan PRK Cawangan Semariang yang
telah berjaya mengerakkan pasukan dalam mengurus kelengkapan dan persediaan
premis dengan sempurna demi memastikan ia dapat digunakan dengan baik kepada
pesakit yang datang meminta rawatan.
Terima kasih tak terhingga
juga kepada semua yang telah menginfakkan apa jua bentuk sumbangan demi
memastikan PRK Semariang dapat beroperasi dengan selesa dan kondusif.
Sebagai tanda penghargaan
majlis juga telah memberi ruang kepada penyumbang premis iaitu Tn.Hj. Malik
untuk menyampaikan sepatah dua kata atas maksud niat dan hasrat beliau
menyumbang premis kepada Darussyifa’.
Majlis diakhiri dengan acara
simbolik penyerahan wakaf dari tuan premis kepada Darussyifa’ yang diwakili
oleh Pengarah Darussyifa’ Sarawak.
Rabu, 3 Mei 2017
Langgan:
Catatan (Atom)

















































