Sabtu, 27 Oktober 2012

MAKLUMAT PENTING

Assalamualaikum dan salam eid adha...

Maklumat penting untuk Ahli dan Pelajar PKPI Darussyifa' Cawangan Sarawak.

1. Taklimat Perawat (Pendaftaran dengan Kementerian Kesihatan - TCM)
Tarikh : 31 Oktober 2012
Hari : Rabu
Tempat : Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage, Kuching
Masa : Selepas Solat Magrib - (Solat Magrib Berjemaah)
Kehadiran : WAJIB hadir kepada semua perawat (sila rujuk nama dengan s/u)

2. Ujian Tasmik dan Herba (ulangan)

Tarikh : 3 November 2012
Hari : Sabtu
Tempat : Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage, Kuching
Masa : 10:00 pagi
Kehadiran : WAJIB hadir kepada pelajar yang terlibat sahaja

3. Jamuan Hari Raya Aidil Adha

Tarikh : 3 November 2012
Hari : Sabtu
Tempat : Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage, Kuching
Masa : Selepas Solat Magrib - (Solat Magrib Berjemaah)
Kehadiran : Dijemput semua ahli dan pelajar hadir bersama keluarga. Makanan disediakan.

4. Seminar Kongres Pengubatan Islam (KOPI)
Tarikh : 1 dan 2 Disember 2012
Hari : Sabtu dan Ahad
Tempat : Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Yuran : RM100.00
Kehadiran : Terbuka

5. Lawatan Sambil Belajar (LASBELA) - Ziarah Ilmiah Bersama Tuan Guru
Tarikh : 3, 4, 5 Disember 2012
Hari : Isnin, Selasa, Rabu
Tempat : Darussyifa' Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor
Kehadiran : WAJIB kepada pelajar Kumpulan 3 dan 4. Sila daftar dengan Pengetua (Ustaz Hj. A'dni Md Ghazali - 0198198477)

Maklumat lain boleh juga rujuk FB Darussyifa Sarawak. Harap maklum.





Selasa, 9 Oktober 2012

PENANGGUHAN KULIAH SIRAH

Adalah dimaklumkan bahawa kuliah pada minggu ini (Rabu - 10 Oktober 2012) ditangguhkan kerana Tn Guru Ustaz Akram Zaki berada di Sri Aman atas urusan rasmi. Harap maklum.

Selasa, 25 September 2012

Kuliah Sirah

Assalamualaikum
Adalah dimaklumkan, kuliah sirah pada malam ini adalah seperti biasa. Dijemput tuan/puan ke majlis ilmu tersebut. Wassalam.

Khamis, 20 September 2012

MAKLUMAN TARIKH KULIAH TAFAQQUH FIDDIN

Assalamualaikum...
Tarikh baru untuk kuliah Talaqqi Kitab Fiqh Manhaji oleh Dr Wahab Salleh adalah pada 6 dan 7 Oktober akan datang (Sabtu & Ahad). Sehubungan itu, sesiapa yang berminat boleh dapatkan borang penyertaan daripada Ustaz Mohd Rosdi Zakaria (019-8867507) , Ustaz Ahmad Farus Saidi (014-8810564) dan Ustaz Ishak Hj Kadir (013-8197264). Tempat adalah terhad.

Sabtu, 8 September 2012

UJIAN TASMIK DAN HERBA

Assalamualaikum.
Perhatian kepada semua pelajar PKPI Darussyifa' Sarawak, ujian tasmik dan herba akan dijalankan pada:

Tarikh: 15 dan 16 September 2012
Hari: Sabtu dan Ahad
Masa: Bermula selepas zohor hari Sabtu
Tempat: Dewan Kuliah PKPI Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage

Sehubungan itu, semua pelajar diharap bersedia dan membuat perancangan awal bagi mengelakkan ketidakhadiran semasa ujian tersebut. Harap maklum.

PENANGGUHAN KULIAH TAFAQQUH FIDDIN

Assalamualaikum, sekali lagi pihak penganjur ingin memohon ribuan kemaafan di atas penagguhan tarikh kuliah talaqqi kitab Fiqh Manhaji. Pihak penganjur akan memaklumkan tarikh kuliah dari masa ke semasa. Harap maklum.

Ahad, 2 September 2012

PERUBAHAN TARIKH KULIAH TAFAQQUH FIDDIN


Adalah dimaklumkan bahawa kuliah talaqqi kitab Fiqh Manhaji yang dijadualkan pada 8 dan 9 September ini ditangguhkan kepada tarikh baru iaitu:

Tarikh: 16 dan 17 September 2012 (Ahad dan Isnin - Cuti Hari Malaysia)
Tempat: Hotel Grand Continental, Kuching
Penceramah: Dr Wahab Salleh
Kitab: al-Fiqh al-Manhaji Mazhab as-Syafie,
          ( karangan ashab al-Fadhilah Dr Mustafa al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha & Dr Ali al-Syarbaji,   
           terjemahan oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri)

Pihak penganjur memohon maaf atas perubahan tarikh ini. Harap maklum.

Jumaat, 31 Ogos 2012

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI

Assalamualaikum...
Semua ahli dan pelajar PKPI Darussyifa' Sarawak dijemput hadir ke rumah terbuka aidil fitri penasihat Darussyifa' Sarawak Tn. Guru Hj Akram Zaki pada 2 September 2012 (Ahad) mulai jam 2.00 petang hingga jam 6.30 petang di kediaman beliau. Taqabbalallahu minna wa minkum taqabbal ya karim....

Sabtu, 11 Ogos 2012

KULIAH TAFAQQUH FIDDIN

Satu kuliah talaqqi kitab Fiqh Ibadah akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 8 dan 9 September 2012 (Sabtu dan Ahad)
Tempat: Hotel Grand Continental, Kuching
Penceramah: Dr Wahab Salleh
Kitab: al-Fiqh al-Manhaji Mazhab as-Syafie,
          ( karangan ashab al-Fadhilah Dr Mustafa al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha & Dr Ali al-Syarbaji,   
           terjemahan oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri)
Yuran pendaftaran: RM120.00 seorang (Terhad kepada 150 orang sahaja)

Sehubungan itu, tuan/puan dijemput menyertai majlis ilmiah ini. Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan Ustaz A'dni Md Ghazali - 0198198477. Tempat adalah terhad.

Ahad, 22 Julai 2012

Selamat Menyambut Ramadhan 1433

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dari semua AJK dan ahli PKPI Darussyifa Cawangan Sarawak. Bersempena bulan yang barakah ini, klinik ditutup sepanjang Ramadhan. Walau bagaimanapun majlis zikir dan solat sunat tarawikh diteruskan pada setiap malam Sabtu. Harap maklum. 

Isnin, 16 Julai 2012

PENANGGUHAN KULIAH SIRAH

Adalah dimaklumkan bahawa kuliah sirah pada esok hari (Rabu 18 Julai 2012) dibatalkan kerana Tn Guru Ustaz Akram Zaki berada di KL atas urusan rasmi. Harap maklum.

Rabu, 4 Julai 2012

KULIAH PENGUBATAN ISLAM SIRI 9/2012

Tarikh: 14 dan 15 Julai 2012
Hari: Sabtu dan Ahad
Tempat: Darussyifa Sarawak, Taman Heritage


Kuliah: Anatomi dan Fisiologi

Penceramah:
- Dr Azlin bin Azzuddin
- Dr Huda binti Dato' Harun Din



Kuliah: Communication Skills

Penceramah: Pn Salwa binti Dato' Harun Din

Mohon kerjasama peserta kursus / pelajar mengikut jadual yang ditetapkan.

Rabu, 20 Jun 2012

Kuliah Pengubatan Islam siri 8/2012

Kuliah Siri 8 (Kuliah Resdung)

Tarikh: 30 Jun dan 1 Julai 2012
Hari: Sabtu dan Ahad
Tempat: Darussyifa Sarawak, Taman Heritage
Penceramah:Tuan Guru Ustaz Haji Abd Rashid Ahmad dari Bangi (Pakar Resdung)

 












Mohon kerjasama semua pelajar / peserta kursus menyediakan bahan-bahan berikut:
  1. 7 helai kain cotton kasar warna putih (3.5 in X 6 in)
  2. 3 batang lilin 
  3. kayu chopstick
  4. bekas alumunium untuk melebur lilin
  5. pemetik api
  6. alas untuk melapik meja semasa menggulung kain lilin resdung
Mohon maklumkan rakan pelajar yang lain. 

Rabu, 13 Jun 2012

MAKLUMAT PENTING

BARANG KEPERLUAN PESERTA KURSUS PKPI SIRI 7 (Kuliah Santau) :

  1. Daun nangka
  2. Tracing paper / kertas surih saiz A3
  3. Kanta pembesar
  4. Lampu suluh (lampu kuning)
  5. Surat khabar saiz besar (Utusan/BorneoPost)
  6. Penyepit (4)
  7. Beras pulut yang telah dibasuh dan dijemur (kering)
  8. Halia - rincikkan
  9. Tebu hitam
  10. Madu lebah 
  11. Getah pengikat
Mohon pelajar dan peserta kursus menyediakan bahan-bahan di atas bagi menjayakan kuliah tersebut. Harap maklum.

Selasa, 12 Jun 2012

KULIAH SIRAH NABAWIYYAH

Hari : Setiap hari Rabu (mulai 13 Jun 2012)
Masa : Selepas solat maghrib
Tempat : Markaz Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage
Buku : Arrahiq al-Makhtum (Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri, penterjemah: Muhammad Ramzi Omar), terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke kuliah tersebut. Terbuka kepada orang ramai.

Isnin, 11 Jun 2012

KULIAH SIRI 7/2012


Tarikh: 16 dan 17 Jun 2012 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Dewan PKPI Malaysia (Darussyifa') Sarawak, Taman Heritage
Penceramah: Tuan Guru Hj Mokhtar Kassan


Mohon perhatian semua pelajar/peserta kursus:
- jadual adalah seperti kuliah-kuliah sebelum ini
- sila patuhi jadual waktu
- sila buat persediaan awal
- sila maklumkan rakan-rakan pelajar yang lain

- kehadiran tuan/puan amat penting agar tidak menjejaskan prestasi serta reputasi untuk diijazahkan.
Syukran.

Selasa, 22 Mei 2012

PENANGGUHAN KULIAH ALWAJIZ



Adalah dimaklumkan bahawa kuliah al-Wajiz pada hari Rabu malam Khamis yang disampaikan oleh Ustaz Ishak ditangguh buat seketika waktu. Harap maklum.

Rabu, 16 Mei 2012

PENANGGUHAN KULIAH SIRI 7/2012

Adalah dimaklumkan bahawa kuliah siri 7/2012 pada 19 dan 20 Mei ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Sebarang kesulitan amat dikesali dan AJK PKPI Malaysia, Darussyifa' Sarawak memohon kemaafan di atas penangguhan kuliah berkenaan. Sila maklumkan rakan-rakan pelajar semua. Harap maklum.

Selasa, 24 April 2012

TALAQQI BUKU ALWAJIZ

Assalamualaikum

Adalah dimaklumkan kuliah Tauhid bersama Tuan Guru Haji Ustaz Akram Zaki telah tamat pada minggu lepas. Kuliah bermula pada 25/4/2012 (Rabu)  diteruskan dengan buku "al-Wajiz: Nota Ringkas Pengurusan Jenazah" keluaran Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kuching. Buku boleh dibeli di Markas Darussyifa' Malaysia Cawangan Sarawak dengan harga RM10.00. Sekian, harap maklum.

Khamis, 19 April 2012

KULIAH SIRI 5, 6 DAN 7/2012


KULIAH SIRI 5/2012

Tarikh:  21dan 22 April 2012 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Dewan Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage
Penceramah: Ustaz Zaki bin Ya


KULIAH SIRI 6/2012

Tarikh: 12 dan 13 Mei  2012 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Dewan Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage
Penceramah: Dr. Rushdi bin Ramli dan Ustaz Abdussamad bin Hamad




KULIAH SIRI 7/2012

Tarikh: 19 dan 20 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Dewan Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage
Penceramah: Ustaz Abdul Razak bin Mahadi


Mohon perhatian semua pelajar/peserta kursus:
- jadual adalah seperti kuliah-kuliah sebelum ini
- sila patuhi jadual waktu
- sila buat persediaan awal
- sila urus jadual peribadi pada tarikh-tarikh tersebut
- kehadiran tuan/puan amat penting agar tidak menjejaskan prestasi serta reputasi untuk diijazahkan.
Syukran.

Khamis, 5 April 2012

UJIAN TASMI' DAN KULIAH SIRI 4/2012

Tempat : Dewan Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage
Pentasmi' / Penceramah: Ustaz Imran Kamal Basha dan Ustaz Ashaari Mahat


7 APRIL 2012 (SABTU)
MASA TASMI' / KULIAH / SESI
2.00 – 5.00 petang - Ujian Tasmi'
6.30 – 8.30 malam - Majlis Zikir
8.30 – 10.30 malam - Kuliah 1

8 APRIL 2012 (AHAD)
MASA KULIAH / SESI
8.00 – 10.00 pagi - Kuliah 2
10.00 – 10.30 pagi - Rehat
10.30 – 12.30 tengahari - Kuliah 3
12.30 – Rehat, Solat Zohor dan bersurai..

Semua pelajar diharap bersedia untuk ujian tasmi' dan didoakan semoga berjaya. Sila
maklumkan kepada rakan pelajar yang lain. Syukran.

RAWATAN PREMIS: SK BUNTAL


Pihak SK Buntal telah memohon Darussyifa' Malaysia Sarawak untuk merawat premis pada:

Tarikh : 6 April 2012 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi

Sehubungan itu, ahli PKPI Darussyifa' Malaysia Sarawak dimohon untuk membantu rawatan dan berkumpul di markas pada jam 8.00 pagi atau terus ke sana.