Sabtu, 31 Mac 2012

MAKLUMAT PENTING ! KEPADA SEMUA PERAWAT & AHLI PKPI MALAYSIA DARUSSYIFA' SARAWAK.

Taklimat berkaitan ' Etika Ahli & Perawat PKPI Malaysia Darussyifa' Sarawak' akan dilaksanakan pada:

Tarikh: 4 April 2012.
Hari: Rabu malam Khamis.
Tempat: Markas PKPI Malaysia Darussyifa' Sarawak, Heritage Garden.
Masa: Bermula dengan solat Maghrib berjemaah.

Kehadiran adalah WAJIB KEPADA PEMEGANG KAD PERAWAT dan AHLI PKPI Malaysia Darussyifa' Sarawak. Kegagalan hadir akan menjejaskan status pemegang kad perawat dan peluang memohon kad perawat. Harap maklum.

Khamis, 22 Mac 2012

KULIAH PENGUBATAN ISLAM SIRI 3/2012

Kuliah Pengubatan Islam Siri 3/2012

Tempat : Dewan Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage
Penceramah: Dr. Abdullah dari Darussyifa' Pusat

24 MAC 2012 (SABTU)
MASA KULIAH / SESI
2.00 – 5.00 petang - Kuliah 1
6.30 – 8.30 malam - Majlis Zikir
8.30 – 10.30 malam - Kuliah 2

25 MAC 2012 (AHAD)
MASA KULIAH / SESI
8.00 – 10.00 pagi - Kuliah 3
10.00 – 10.30 pagi - Rehat
10.30 – 12.30 tengahari - Kuliah 4
12.30 – Rehat, Solat Zohor dan bersurai

Sehubungan itu, semua pelajar dimohon agar berada di dewan kuliah setengah jam sebelum kuliah bermula dan menepati masa yang ditetapkan. Sila pastikan tuan / puan / cik mengambil maklum dan mengambil tindakan untuk mengikuti sesi kuliah yang ditetapkan. Sila maklumkan kepada rakan pelajar yang lain. Syukran.

Ahad, 4 Mac 2012

Kuliah Tauhid 7/3/2012 ditangguhkan

Assalamualaikum

Adalah dimaklumkan kuliah Tauhid bersama Tuan Guru Haji Ustaz Akram Zaki ditangguhkan pada 7/3/2012 (Rabu) ini kepada minggu hadapan 14/3/2012 (Rabu). Harap maklum.

Selasa, 28 Februari 2012

PERUBAHAN TEMPAT KULIAH PENGUBATAN ISLAM SIRI 2/2012

Adalah dimaklumkan perubahan tempat kuliah pengubatan Islam pada 3 dan 4 Mac ini ke lokasi baru iaitu:
Dewan YADIM,
Tingkat 1, YADIM Zon Sarawak,
5026 Bangunan Shahnur,
Jalan Astana Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak.

Mohon kerjasama tuan/puan/cik untuk memaklumkan rakan-rakan pelajar yang lain. Syukran.

Ahad, 26 Februari 2012

Maklumat Penting Untuk Pelajar 4/2012

Kuliah Pengubatan Islam Siri 2/2012
- Kehadiran adalah WAJIB.
- Rakan pelajar dimohon agar berada di dewan kuliah setengah jam sebelum sesi bermula.
- Menggunakan pakaian seperti yang ditetapkan dan memakai tag nama pelajar.
- Dilarang membawa orang luar semasa sesi kuliah.

Kerjasama tuan/puan amat dihargai.

Kuliah Pengubatan Islam Siri 2/2012

Kuliah Pengubatan Islam Siri 2/2012
Tempat : Dewan Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage
Penceramah: Ustaz Sharudin Saad dari Darussyifa' Pusat

3 MAC 2012 (SABTU)
MASA KULIAH / SESI
2.00 – 5.00 petang - Kuliah 1
6.30 – 8.30 malam - Majlis Zikir
8.30 – 10.30 malam - Kuliah 2

4 MAC 2012 (AHAD)
MASA KULIAH / SESI
8.00 – 10.00 pagi - Kuliah 3
10.00 – 10.30 pagi - Rehat
10.30 – 12.30 tengahari - Kuliah 4
12.30 – Rehat, Solat Zohor dan bersurai


Semua pelajar dipohon agar berada di dewan kuliah setengah jam sebelum kuliah bermula dan menepati masa yang ditetapkan. Sila pastikan tuan / puan / cik mengambil maklum dan mengambil tindakan untuk mengikuti sesi kuliah yang ditetapkan.

Sabtu, 18 Februari 2012

Sekalong Penghargaan drp DS Sarawak

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk tuan guru Dato Dr Haron Din, tn hj. Abd. Rahman, dan rombongan ds pusat yang menjayakan majlis perasmian kuliah pengubatan lslam ambilan 4 pada 18 dan 19 disember 2012.

Terima kasih juga kepada JK DS Sarawak, ahli dan pelajar baru yang membantu menjayakan majlis perasmian kuliah pengubatan lslam.

Rabu, 15 Februari 2012

Maklumat Penting Untuk Pelajar 4/2012

Maklumkan rakan pelajar yg lain majlis taklimat daripada Darussyifa Pusat di tempat yang telah ditetapkan pada Sabtu (18.2.12) akan bermula jam 9.00 pagi. Mesti berada di Dewan Hotel jam 8.45 pagi. Sila ambil perhatian.

Selasa, 14 Februari 2012

Taklimat Pelajar Baharu ambilan 4/2012 oleh Darussyifa Pusat.

Taklimat Pelajar Baharu ambilan 4/2012 oleh Darussyifa Pusat.
Tarikh: 18 Februari 2012 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: di tempat yang telah ditetapkan
Peserta : Semua Pelajar Baru Kumpulan 4 diwajibkan hadir.
Pakaian Lelaki: Baju putih berlengan panjang Dan berkopiah putih.
Pakaian Wanita: Pakaian yg sesuai bertudung & menutup aurat.
Sehubungan itu, semua pelajar baru kumpulan 4 dimohon agar berada di dewan hotel selewat-lewatnya jam 8.45 pagi bagi melicinkan majlis yang akan dijalankan.
Syukran.

Selasa, 7 Februari 2012

Pendaftaran dan Temuduga Pelajar Baharu ambilan 4/2012

Pendaftaran dan Temuduga Pelajar Baharu ambilan 4/2012
Tarikh: 12 Februari 2012 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Kuliah, Darussyifa' Sarawak.
Peserta : Semua Pelajar Baru Kumpulan 4 diwajibkan hadir.
Yuran Pendaftaran RM350 tunai
Pakaian Lelaki: Baju putih berlengan panjang Dan berkopiah putih.
Pakaian Wanita: Pakaian yg sesuai bertudung & menutup aurat.
Sila bawa 2 keping gambar yg berbaju putih & kopiah putih utk lelaki & berpakaian yg sesuai utk wanita.

Tarikh tutup penghantaran borang utk pelajar kumpulan 4 ialah pd hari tersebut. Borang yg d terima lewat tdk akn d layan lagi

Selasa, 31 Januari 2012

Kuliah Mingguan Darussyifa' Sarawak 2012

Kuliah Tajwid - hari Selasa
Kuliah Tauhid - hari Rabu
Kuliah Feqah - hari Khamis
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Isnin, 30 Januari 2012

Makluman Penting Untuk Semua Ahli DS 2012

Semua perawat lelaki diwajibkan berbaju putih berlengan panjang, berkupiah putih, dan menggunakan tag nama ahli / perawat.

Ahli kumpulan 1 dan 2 yang belum memiliki kad ahli / kad perawat disarankan memohon segera melalui SU Darussyifa' Sarawak.

Bagi ahli kumpulan 3 disarankan memohon kad ahli dahulu. Kad perawat hanya diberikan setelah diperakukan merawat selama SETAHUN di Pusat Rawatan Kuching.

Khamis, 26 Januari 2012

Kehadiran Majlis Zikir - Pelajar Baharu 4/2012

Adalah diingatkan semua pelajar baharu ambilan 4/2012 WAJIB hadir ke Majlis Zikir setiap hari Sabtu bermula 28 Januari 2012. Majlis dimulakan dengan Solat Fardu Maghrib, Solat Sunat Hajat, Zikir, Solat Fardu Isyak dan Kuliah Mingguan. Semua pelajar baharu DIKEHENDAKI menyertai semua aktiviti mingguan tersebut. Harap Maklum

Selasa, 24 Januari 2012

Penghargaan Kepada Semua

Pihak Darussyifa' Sarawak merakamkan sekalung penghargaan kepada semua ahli, muslimin dan muslimat kerana menjayakan Kuliah Tafaqquh bersama Ustaz al-Mursyid Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri pada 23 & 24 Januari 2012 di Hotel Grand Continental Kuching.

Jumaat, 20 Januari 2012

Kelas Tafaquh bersama Dr. Zulkifli al-Bakri

Tempat : Hotel Grand Continental, Kuching

Hari : Isnin
Tarikh : 23.1.2012
2.00 - 4.00 pm : kuliah 1
4.00 - 4.30 pm : rehat
4.30 - 6.30 pm : kuliah 2
6.30 - 8.30 pm : rehat & solat
8.30 - 10.30 pm : kuliah 3

Hari : Selasa
Tarikh : 24.1.2012
8.00 - 10.00 am : kuliah 4
10.00 - 10.30 am : rehat
10.30 - 12.30 pm : kuliah 5 & penutup

Harap Maklum

Isnin, 9 Januari 2012

Kehadiran Majlis Zikir - Pelajar Baharu 2012

Assalamualaikum

Semua pelajar baharu ambilan ke-4 tahun 2012 diminta hadir ke Majlis Zikir Darussyifa' Sarawak pada setiap hari Sabtu setiap minggu. Sekian, harap maklum.

Wassalam.

Selasa, 3 Januari 2012

Kuliah Tauhid - Diteruskan

Kuliah Tauhid selepas Maghrib dijalankan seperti biasa oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Ustaz Akram Zaki Bin Abdul Rashid. Harap Maklum.

Ahad, 1 Januari 2012

Klinik Hari Sabtu - Ditutup

Adalah dimaklumkan kepada semua perawat, ahli, pelajar dan muslimin serta muslimat, klinik pada setiap hari Sabtu ditutup kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Segala kesulitan amatlah dikesali. Harap maklum.

Rabu, 23 November 2011

Diskusi Ilmu di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak

Assalamualaikum,

Dijemput kepada semua warga Darussyifa' bersama Pengetua,Guru Besar dan Guru Muslim ke Majlis Diskusi Ilmiah tentang kepentingan Fardu Kifayah & Amalan-Amalan Sunat dan pelancaran buku al-Wajiz Fi Ahkamil Jana'iz sempena Sambutan Ma'al Hijrah berdasarkan maklumat di bawah:

Tarikh: 29 November 2011 (Selasa)
Masa: 2.00 pm - 5.00 pm
Tempat: Auditorium Pustaka Negeri Sarawak

Tentatif Program:
1.45 pm - Pendaftaran Peserta
2.30 pm - Ucapan Aluan oleh PPDK
2.30 pm - Diskusi I oleh En. Bedui
3.15 pm - Diskusi II oleh Ketua Sektor PI
4.00 pm - Amanat & Pelancaran Buku oleh Pengarah JPNS
5.00 pm - Bersurai

Harap Maklum. Wassalam

Selasa, 25 Oktober 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Korban

Pihak Darussyifa' Sarawak mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha 1432H / 2011M kepada semua muslimin dan muslimat.

Khamis, 6 Oktober 2011

Majlis Doa Selamat (Wida')

Pada 12 Oktober 2011 (Rabu) Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat akan diadakan untuk pemergian Tn Guru kita Ustaz Akram Zaki & Ustaz 'Adni ke Tanah Suci Mekah pada 4 Disember 2011 (Ahad). "Hajjan Mabruran Wa 'Amalan Mutaqabbalan". Semua ahli Darussyifa' Sarawak dijemput hadir. Sekian, Harap Maklum.