Isnin, 30 Januari 2017

Istilah "scan"..


Selalu kedengaran aduan para pesakit yang datang ke Darussyifa'...mereka mengadu bahawa pernah berjumpa dengan perawat (bukan Darussyifa') yang setelah melakukan 'scan' perawat tersebut pun beritahu.. "Dalam badan awak ada sekian2 banyak jin". Seolah2 dia tahu dan nampak. Ada yang berpuluh dan beratus ekor...

Tuan Guru Dr. Haron Din selalu berpesan kepada kami perawat2 Darussyifa' jangan sekali-kali menelah perkara ghaib.

Jin ini makhluk ghaib yang kita tidak nampak. Bagaimana kita boleh secara pasti menentukan bilangan makhluk halus atau jin sedangkan kita tidak dapat melihatnya? Tidakkah ia membawa kepada penipuan dan fitnah?

Selain itu apa faedahnya kita beritahu pesakit hal2 yang menakutkan dan membimbangkan mereka?

Oleh kerana itulah kami perawat Darussyifa' dilarang oleh al-Marhum Tuan Guru menggunakan istilah 'scan'.

Utk mengesan penyakit memadai dengan bertanya kepada pesakit simtom2 yang dialami dan berdasarkan maklumat pesakit kami terus merawat dengan ruqyah...

 "يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ"

[Al-A'raf:27]

Oleh: Ustaz Ikmal Zaidi, Darussyifa' Bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan