Selasa, 25 September 2012

Kuliah Sirah

Assalamualaikum
Adalah dimaklumkan, kuliah sirah pada malam ini adalah seperti biasa. Dijemput tuan/puan ke majlis ilmu tersebut. Wassalam.

Khamis, 20 September 2012

MAKLUMAN TARIKH KULIAH TAFAQQUH FIDDIN

Assalamualaikum...
Tarikh baru untuk kuliah Talaqqi Kitab Fiqh Manhaji oleh Dr Wahab Salleh adalah pada 6 dan 7 Oktober akan datang (Sabtu & Ahad). Sehubungan itu, sesiapa yang berminat boleh dapatkan borang penyertaan daripada Ustaz Mohd Rosdi Zakaria (019-8867507) , Ustaz Ahmad Farus Saidi (014-8810564) dan Ustaz Ishak Hj Kadir (013-8197264). Tempat adalah terhad.

Sabtu, 8 September 2012

UJIAN TASMIK DAN HERBA

Assalamualaikum.
Perhatian kepada semua pelajar PKPI Darussyifa' Sarawak, ujian tasmik dan herba akan dijalankan pada:

Tarikh: 15 dan 16 September 2012
Hari: Sabtu dan Ahad
Masa: Bermula selepas zohor hari Sabtu
Tempat: Dewan Kuliah PKPI Darussyifa' Sarawak, Taman Heritage

Sehubungan itu, semua pelajar diharap bersedia dan membuat perancangan awal bagi mengelakkan ketidakhadiran semasa ujian tersebut. Harap maklum.

PENANGGUHAN KULIAH TAFAQQUH FIDDIN

Assalamualaikum, sekali lagi pihak penganjur ingin memohon ribuan kemaafan di atas penagguhan tarikh kuliah talaqqi kitab Fiqh Manhaji. Pihak penganjur akan memaklumkan tarikh kuliah dari masa ke semasa. Harap maklum.

Ahad, 2 September 2012

PERUBAHAN TARIKH KULIAH TAFAQQUH FIDDIN


Adalah dimaklumkan bahawa kuliah talaqqi kitab Fiqh Manhaji yang dijadualkan pada 8 dan 9 September ini ditangguhkan kepada tarikh baru iaitu:

Tarikh: 16 dan 17 September 2012 (Ahad dan Isnin - Cuti Hari Malaysia)
Tempat: Hotel Grand Continental, Kuching
Penceramah: Dr Wahab Salleh
Kitab: al-Fiqh al-Manhaji Mazhab as-Syafie,
          ( karangan ashab al-Fadhilah Dr Mustafa al-Khin, Dr Mustafa al-Bugha & Dr Ali al-Syarbaji,   
           terjemahan oleh Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri)

Pihak penganjur memohon maaf atas perubahan tarikh ini. Harap maklum.