Isnin, 20 Mac 2017

Merawat IAB Cawangan Sarawak

Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak yang beralamat di Jalan Sultan Tengah,
Santubong, 93050 Kuching telah beroperasi sejak tahun 2005. Kampusnya terletak kira-kira 27 km dari Bandaraya Kuching dengan keluasan tapak lebih kurang 105 ekar.

Pihak Darussyifa' Sarawak telah diminta secara rasmi oleh institut berkenaan untuk memberi khidmat rawatan islam serta mengadakan bacaan yasin, zikir, doa serta aktiviti pembersihan diseluruh kawasan terbabit.

Rawatan telah dilakukan pada 12 MAC 2017. Seramai lebih 20 perawat telah membantu dan menyertai aktiviti tersebut dan turut disertai pegawai dan kakitangan institut untuk bersama berikhtiar dan memohon kepada Allah SWT agar diperkenankan hajat oleh Allah.