Isnin, 30 Januari 2017

Istilah "scan"..


Selalu kedengaran aduan para pesakit yang datang ke Darussyifa'...mereka mengadu bahawa pernah berjumpa dengan perawat (bukan Darussyifa') yang setelah melakukan 'scan' perawat tersebut pun beritahu.. "Dalam badan awak ada sekian2 banyak jin". Seolah2 dia tahu dan nampak. Ada yang berpuluh dan beratus ekor...

Tuan Guru Dr. Haron Din selalu berpesan kepada kami perawat2 Darussyifa' jangan sekali-kali menelah perkara ghaib.

Jin ini makhluk ghaib yang kita tidak nampak. Bagaimana kita boleh secara pasti menentukan bilangan makhluk halus atau jin sedangkan kita tidak dapat melihatnya? Tidakkah ia membawa kepada penipuan dan fitnah?

Selain itu apa faedahnya kita beritahu pesakit hal2 yang menakutkan dan membimbangkan mereka?

Oleh kerana itulah kami perawat Darussyifa' dilarang oleh al-Marhum Tuan Guru menggunakan istilah 'scan'.

Utk mengesan penyakit memadai dengan bertanya kepada pesakit simtom2 yang dialami dan berdasarkan maklumat pesakit kami terus merawat dengan ruqyah...

 "يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ"

[Al-A'raf:27]

Oleh: Ustaz Ikmal Zaidi, Darussyifa' Bangi

Selasa, 24 Januari 2017

Penangguhan Kuliah Bulughul Maram


Assalamualaikum..

Pengajian Kitab Bulughul Maram malam ini (25.01.2017) ditangguhkan dan akan disambung semula pada tarikh baru yang akan dimaklumkan kemudian.

Sekian untuk makluman.

Sabtu, 21 Januari 2017

Aktiviti merawat Pejabat SPRM

Alhamdulillah, rawatan pejabat SPRM Sarawak hari ini (22.01.2017) telah disempurnakan seramai 14 orang perawat Darussyifa' Sarawak yang diketuai oleh Ustaz Akram Zaki.

Bangunan setinggi 3 tingkat dan setiap tingkat mempunyai lebih kurang 20 bilik serta diduduki seramai 90 orang kakitangan SPRM.

Bacaan yasin, zikir dan doa turut disertai oleh beberapa kakitangan SPRM untuk bersama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT agar segala hajat dan permohonan dimakbulkan dengan izinNya.

Terima kasih kepada semua yang telah memberi komitmen. Semoga segala usaha, doa dan amalan diterima sebagai ibadah disisi Allah SWT.














Merawat Pejabat SPRM SARAWAK


Assalamualaikum,

Dimaklumkan, pihak SPRM SARAWAK telah memohon Darussyifa' Sarawak untuk merawat premis mereka pada:

Tarikh : 22 Jan 2017 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi

Tempat:
Pejabat SPRM SARAWAK,
Jalan Laksamana Cheng Ho, Kuching Sarawak.

Memandangkan tempat yang hendak dirawat adalah besar, mohon perawat yang berkelapangan hadir seramai mungkin.

Sila berkumpul di markas pada jam 8.00 pagi atau boleh terus ke sana.

Sekian.


Selasa, 17 Januari 2017

Kuliah Bulughul Maram






















Assalamualaikum..wbth.

Dimaklumkan kuliah pengajian Kitab Bulughul Maram bersama Al-Fadhil Ustaz Akram Zaki akan diteruskan malam ini seperti butiran berikut;

Tarikh: 18.01.2017 (Rabu)
Masa:  Antara Maghrib dan Isyak
Tempat: Markaz Darussyifa' Sarawak

Semua dijemput hadir!


Rabu, 11 Januari 2017

Salam Takziah!


 إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

"Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali"

Pihak Darussyifa' Sarawak mengucapkan salam takziah di atas pemergian Allahyarham YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Bin Hj. Satem iaitu Ketua Menteri Sarawak pada jam 1.20 petang tadi.

Kami mendoakan semoga segala amalan Allahyarham sepanjang hayat diredhai selayaknya serta rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempat bersama dengan orang-orang soleh.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia "

AL FATIHAH..