Isnin, 29 Oktober 2012

MAKLUMAT TAMBAHAN TAKLIMAT PENDAFTARAN PERAWAT DENGAN KKM

PERHATIAN:
- Semua perawat yang telah dipililh dan disenaraikan diWAJIBkan hadir semasa taklimat tersebut, sekiranya gagal hadir tanpa alasan munasabah, nama perawat tersebut tidak akan didaftarkan. 

- Mana-mana ahli PKPIM Darussyifa' Sarawak yang berminat untuk didaftarkan tetapi tidak tersenarai, sila buktikan KOMITMEN dan PRESTASI anda di Pusat Rawatan bagi memudahkan Ketua Klinik Harian menyokong nama anda disenarai dan didaftarkan.

- Mana-mana Perawat yang didaftarkan, boleh digugurkan pendaftaran mereka sekiranya laporan PRESTASI dan KOMITMEN daripada Ketua Klinik Harian tidak memuaskan.


KEPERLUAN SEMASA MENGHADIRI TAKLIMAT:
1. Gambar pasport berkopiah putih (lelaki)
2. Salinan K/P
3. Salinan Ijazah Darussyifa'
4. Salinan Kad Perawat & Kad Ahli (jika ada)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan