Selasa, 17 Disember 2019

Akhbar Suara Sarawak


[SUARA SARAWAK : Ahad 15 Dis 2019]

JAUHI GANGGUAN, SIHIR JIN
Oleh: Rosli Jaya
************
Darussyifa’ Malaysia cawangan Sarawak terletak di Lot 12960, Tingkat 1, Heritage Garden, Sarawak, Petra Jaya.

Premis rawatan Darussyifa’ diketuai oleh Ketua Perawat Ustaz Mat Sulaiman, dibuka setiap hari sebagai alternatif perubatan khususnya berkaitan “penyakit gangguan”.

Sememangnya, perubatan Islam merupakan salah satu ikhtiar atau usaha menyembuhkan penyakit secara Rukyah Syariah, berpandukan al-Quran dan as-Sunah serta ijtihad al-Salafusoleh.

Ulama sepakat tentang kebolehan membuat rawatan secara Islam ini dengan tiga syarat. Pertama, rukyah hendaklah dilakukan menggunakan firman Allah SWT atau dengan nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Kedua, rukyah hendaklah dilakukan menggunakan bahasa Arab atau sesuatu bahasa selain bahasa Arab yang difahami maknanya. Ketiga, menyakini rukyah tersebut tidak memberikan pengaruh dengan sendirinya, tetapi hanyalah dengan izin Allah SWT.

Jadi, perawat dibenarkan merukyah selagi ia tidak mengandungi amalan syirik serta tidak mempunyai ungkapan diharamkan.

Ustaz Wan Sudirman Bin Hj. Wan Su Setiausaha Darussyifa’ Sarawak, ketika ditemui menjelaskan bahawa penyakit jenis gangguan selalunya dikaitkan dengan jin. Jin menurutnya tidak pernah berhenti dan konsisten mengganggu dalam apa jua cara terhadap keturunan Nabi Adam sehingga hari kiamat.

Wan Sudirman anak murid Allahyarham Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, pengasas Darussyifa' Malaysia ini berkata, jin dan syaitan sebagai musuh manusia tetap berusaha melakukan helah, menyakiti, mengganggu dan melakukan perkara yang boleh merosakkan manusia sehingga memberikan kesan negatif dalam kehidupan serta konflik berpanjangan.

Misalnya, kisah Nabi Ayub yang menghidap penyakit fizikal misalnya dikatakan berpunca daripada penangan syaitan.

Sebab itu, menurut Wan Sudirman lulusan Sarjana Muda Pengajian Islam, Rasulullah SAW dalam doanya, baginda menyebut “memohon perlindungan dengan Allah daripada gangguan syaitan yang boleh menyebabkan kesakitan.”

Surah al-Fussilat: 36, jelas mengajar yang bermaksud: "Dan jika kamu ditimpa suatu gangguan atau godaan dari syaitan, maka berlindunglah dengan Allah, maka sesungguhnya Dia sahaja yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Perlu difahami bahawa jin atau sesiapa sahaja tidak dapat memberikan kemudaratan, bahkan kebaikan kepada sesiapa pun melainkan dengan izin Allah SWT.

Namun, hasil tindakan makhluk ini dapat dikesan melalui hasutan atau bisikannya terhadap manusia misalnya syaitan pernah merosakkan hubungan kekeluargaan terhadap anak-anak Nabi Yaakub AS.

Dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim menceritakan kisah pemuda menikam ular yang memasuki rumahnya kerana dikhuatiri membahayakan penghuni. Ular itu mati, setelah itu pemuda tersebut pula menggelepar dan mati, angkara membunuh ular jelmaan jin.

Sememangnya al-Quran memaparkan kisah jin atau syaitan menjadi penyebab dan mencetuskan kesengsaraan kepada manusia dengan izin Allah SWT.

Dalam ayat lain, Allah SWT memberitahu jin atau syaitan boleh mengenakan sihir kepada manusia sebagaimana disebut dalam al-Baqarah: 102, syaitan juga boleh membawa kesengsaraan sehingga manusia tidak sedarkan diri.

Kita boleh membuat kesimpulan bahawa keupayaan jin dan syaitan mengenakan pelbagai kesusahan dan kesengsaraan kepada manusia hanya dengan izin Allah SWT.

Wan Sudirman yang sudah menyumbang khidmat kepada masyarakat sebagai perawat selama lapan tahun di Darussyifa’ Sarawak di Heritage Garden, Petra Jaya menjelaskan, berdasarkan beberapa peristiwa lampau dengan merujuk sirah, bahawa puak jin ini tidak boleh dipercayai apatah lagi dibawa berunding.

Bagaimana membenteng diri daripada kejahatan jin ini?  Menurut Wan Sudirman yang juga staf Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak, kita dianjurkan banyak mengamalkan doa masyhur dan ayat al-Quran yang boleh dijadikan amalan harian memohon pertolongan Allah SWT antaranya dengan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas selain mengamalkan surah al-Fatihah, sebahagian al-Baqarah dan sebagainya.

"Dan Kami turunkan daripada al-Quran yang menjadi penawar (syifa') dan rahmat bagi orang beriman" (maksud al-Isra': 82)

Premis rawatan dibuka setiap hari percuma.

Alamat:
DARUSSYIFA' SARAWAK
Lot 12960, Tingkat 1, Heritage Garden, Sarawak, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.

Penasihat:
Ustaz Hj. Akram Zaki Abd Rashid
019 3553653

Pengarah:
Ustaz Awg Arippin Awg Kamarudin
019 8599666

Setiausaha:
Ustaz Wan Sudirman Hj. Wan Su
013 5533433

Facebook: Darussyifa' Sarawak
Blog: Darussyifasarawak.blogspot.com

Ahad, 1 September 2019

Merawat Pejabat RISDA

Merawat Pejabat RISDA Samarahan.

Tarikh: 25 Ogos 2019
Masa: 9.00 pagi


Merawat SK Santubong

Merawat SK Santubong

Tarikh: 4 Ogos 2019
Masa : 9.00 pagi


Ramah Tamah 2019

Majlis Ramah Tamah telah diadakan pada 22.06.2019 (Sabtu).





















Kelas Resdung & Santau

Kelas Pengubatan

Tajuk: Resdung
Oleh: Ustaz Ab. Rashid Bin Ahmad

Tajuk: Santau
Oleh: Ustaz Mokhtar Bin Kassan







Tasmik 1,2 & 3

Kelas Pengubatan

Tarikh : 3 & 4 Ogos 2019








Merawat SK Temenggong

Merawat SK Temenggong, Matang

Tarikh : 6 Julai 2019 (Sabtu)
Jam     : 9.00 pagi




Ahad, 24 Februari 2019

Merawat Rumah Kanak-kanak

Merawat Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kuching

Tarikh: 3 Februari 2019 (Ahad)
Jam     : 9.00 pagi









Merawat SMKA SHOAW

Merawat SMKA SHOAW Kuching

Tarikh: 2 Februari 2019 (Sabtu)
Jam     : 9.00 pagi