Selasa, 26 September 2017

Jemputan Khas oleh HIKMAH KUCHING


CERAMAH KHAS:
Untuk memberi penerangan, penjelasan bagi menjawab segala kemusykilan, kekeliruan masyarakat dalam usaha meluruskan akidah serta kepercayaan yang boleh mendatangkan kesyirikan kepada umat Islam.








Ahad, 24 September 2017

Mesyuarat Agung Ke-28 Darussyifa' Malaysia


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2017 (KALI KE-28)

TARIKH  :  23.09.2017 (Sabtu)
MASA     :  8.00 Pagi
TEMPAT :  Dewan Solat Tingkat Atas,
                   Darussyifa' Pusat,
                   Bandar Baru Bangi.

*********************************
Antara Catatan dan Intipati Dari Mesyuarat;

AGENDA- 1:

Merasmikan Mesyuarat Agung Darussyifa' Malaysia Kali Ke-28 (Sesi 2016/2017). Terima kasih atas jemputan dan layanan yang istemewa.

Teruskanlah memartabatkan pengubatan Islam dalam usaha membantu ummah, suka kami kongsikan antara amanat Almarhum Tuan Guru Dato' Dr Haron Din ;
 * Mengekalkan Darussyifa' sebagai role model.
 * Mengekalkan integeriti.
 * Memelihara akhlak yang mulia.
 * Ikhlas.
 * Jangan mengejar habuan dunia.
 * Jangan meminta dan menetapkan bayaran untuk rawatan.
 * Elakkan daripada menawaran diri untuk merawat.
 * Lakukan semata-mata kerana Allah SWT.
 * Anugerah kemuliaan daripada Allah SWT.
 * Kita kuat bila pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.
 * Berusahalah untuk menjadi perawat yang baik.

Akhir kalam kami berdoa semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dan mempermudahkan segala urusan dunia juga akhirat kita semua. Amin.

------------------------------------------------------------------

AGENDA KE- 2:

Ucapan Perasmian - SS  Dato'  Zulkifli Al- Bakry Mufti Wilayah Persekutuan (Penasihat Kehormat PPPKIM - Darussyifa');

*Telah menjadi ketetapan Sunnatuaallah - setiap yg bernafas pasti akan mati - Al-Fatihah untuk TGHD.

*Rawatan adalah fardhu kifayah  yang bertujuan  untuk membantu masyarakat mendapat keselesaan dlm kehidupan.

*Hanya Allah membalas kebaikan para perawat.

*Persatuan beerti satu  iaitu mematuhi disiplin @peraturan  yg telah ditetapkan.

*Persatuan adalah نظام الحياة @ disiplin kehidupan.

*Dengan banyaknya cara  @ kepala yang mengatur akan merosakan persatuan.

*Bersatu adalah ramuan kesejahteraan , justeru, elakan bertelingkah, tidak berpuas hati  dan seumpamanya kerana ia akan menjadi kabus kepada perpecahan.

*Bersatu dan menjadi satu di dalam berpersatuan akan menyuburkan pahala kebajikan khas untuk AlMarhum TGHD.

*Perbezaan pandangan perlu disalurkan dan dialirkan melalui jalan berpesatuan dan bermesyuarat.

*Dokong dan perkemaskan apa yang telah didhabitkan oleh AlMarhum TGHD.

*Al-Syafi Al-Haqiqi -   al-Asbab bergantung kepada Al- Musabbib (Allah) serta gabungkan dengan ikhlas serta usaha yang bertetapatan syariah akan menghasilkan natijah yang terbaik dan diberkati.

*Masukan sifat mahmudah dan keluarkan sifat mazmumah. Carilah kekayaan melalui cara yang lain kerana mencari kekayaan tidak dilarang oleh Allah.

*Lidah basah berzikir kpd Allah, Hati yang sentiasa bersyukur kepada Allah, badan yang sihat untuk beramal dan beribadat kepada Allah menjadi faktor Allah menngekal dan menambah nikmat kepada hambaNya.

*Perjalanan Persatuan perlu sokongan  serta dokongan dari semua ahli persatuan.

*Gelaran السابقون الاولون adalah istilah yang sesuai diberikan kepada ahli Darussyifa' yang sempat berguru serta beramal dengan ilmu rawatan yang telah diajarkan oleh Al- Marhum TGHD.

*Justeru berazamlah agar Darussyifa menjadi satu persatuan yang benar- benar ampuh dan kuku, perbalahan dapat dihapuskan, persengketaan akan terkubur bakal menjadikan Darussyifa  sebagai persatuan yang dapat meneruskan visi serta misi dari TGHD.

*Contohi sahabat seperti Abu Bakr , Umar Al-Khattob dan lain-lain yang menonjol serta bersemangat  menggiatkan usaha dakwah setelah kewafatan Rasulullah saw sehingga dapat membuka wilayah baru Islam serta menawan negara dan kota- kota yang suatu masa dahulu kebal dari dijajah.

24 Sep. 2014 /
02 Muh. 1439

الحقير
ابو محمد ذوالكفلي بن زينون القدحي

-------------------------------------------------------------------


Wakil Darussyifa' Sarawak ke Mesyuarat Agung:
(Dari kiri: Ustaz Mohd. Rosdi, Ustaz Awang Arippin dan Ustaz Mohamad Jasni)