Jumaat, 10 Disember 2010

Merawat Rumah


Tarikh: 11/12/2010 (Sabtu)
Masa: Selepas Solat Zohor
Rumah: En. Jamal Abdullah
Alamat: S/L 7 Taman PRC Matang (Berhadapan SMK Sains Matang)

Mohon semua ahli & pelajar berkumpul di klinik Darussyifa Sarawak sebelum bergerak ke premis berkenaan.

Maklumat daripada Tn Hj Sahidi (019-887 7628)

Majlis Zikir 5

Tarikh: 11 Disember 2010
Hari: Sabtu
Masa: Maghrib - Isyak
Tempat: Tingkat 1, Lot 12960, KTLD,
No 16, Heritage Garden, Kuching

Rabu, 8 Disember 2010

Tokoh Ma'al Hijrah Negeri Selangor 1432H


















Sumber dipetik dari Harakahdaily
& darussyifa.org
Haron Din Tokoh Maal Hijrah Selangor
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 7 Dis: Dato' Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.

Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta melancarkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.

"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohamad Tamyez Abdul Wahid.

Menjelaskan tentang pandangan negatif masyarakat kepada golongan ulamak, Dr Haron menjelaskan, sebenarnya rakyat dan masyarakat awam tidak mengenali siapa dan yang mana satu ulamak kerana tidak banyak pendedahan berlaku di media perdana khasnya.

Membandingkan dirinya sendiri yang banyak diberikan peluang untuk siaran di televisyen sebelum ini, menyebabkan orang ramai termasuk golongan muda tetap mengenali dan memberikan penghormatan sebaiknya.

"Jadi tidak timbul masalah kalangan muda tidak menghormati ulamak kerana yang sebenarnya mereka belum mengenali siapa ulamak itu," ujarnya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.

Justeru, tegasnya, peranan ulamak ini mesti diinstitusikan agar mereka dapat menjalankan kewajipan mendidik rakyat dan anggota masyarakat dengan lebih baik lagi.

Menyentuh tentang peranan ulamak muda dan golongan tua, beliau menjelaskan, itu hanya istilah untuk menunjukkan usia dan tempoh mereka mendidik masyarakat sahaja, tidak lebih dari itu dan semua pihak mesti berperanan dalam masyarakat.

Dr Haron memulakan pengajiannya di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah, Perlis dan Kuliah al-Islamiah, Klang, Selangor seterusnya mengambil Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya pada 1962 hingga 1965), lulus dengan cemerlang dan mendapat hadiah biasiswa persekutuan terus ke Mesir.

Menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968), Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) dan Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974).

Antara kerjayanya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975–1976), Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985), Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara.

Juga menjadi Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB, Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan.

Begitu juga sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting.

Dalam politik, pula sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983), Ketua Penerangan PAS Pusat, sehingga kini sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS serta pernah bertanding di dalam pilihan raya 2004 di Parlimen Arau mewakili PAS.

Dr Haron Din adalah Pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') yang terletak di Bangi.

Selasa, 7 Disember 2010

Perutusan Ma'al Hijrah 1432H Oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din



Selamat Tahun Baharu 1432H


Selamat Menyambut Tahun Baharu 1432 Hijrah bersamaan 2010 Masihi. Marilah bersama-sama mempelajari, mengamalkan seterusnya menghidupkan Pengubatan Islam yang bertunjangkan al-Quran al-Karim & al-Hadis Nabawi demi menyelamatkan akidah Islam yang kita anuti kini.

Isnin, 6 Disember 2010

Giliran Bertugas Bagi Ahli & Pelajar DSSwak

Ketua Penyelaras:
Ustaz Akram Zaki Abdul Rashid

Penyelaras:
Ustaz Awg Arippin Awg Kamarudin
Ustaz Mohamad Zahar Hassan Basri


Ketua Klinik:
Ustaz Sharifuddin Ahmad


Hari: Isnin
Masa: 5.00 pm – 8.00 pm
Ketua: Ishak Hj. Kadir
Ahli DSS Bertugas:
Norhisyam Muhamad
Nazrea Awang @ Abdullah
Mohd Razi Abdullah
Mohamad Abdul Rahman
Jaffri Ismail
Hisham Shukri Zainal Abidin
Mohd Syahnan Md Zain
Siti Fatimah Mohd Nor
Adni Mohd Ghazali
Mohd Haikal Akhashah
Nor Hafidzah Mohd Rozali
Ummi Rohaiyu Mohd Bakhair
Pelajar DSS Bertugas:
Mansor Bahari
Wan Sudiman Wan Su
Che Nazli Che Mahmood
Mohd. Puad Abdullah
Rusli Che Mood
Abdul Rahman Che Soh

Hari: Selasa
Masa: 5.00 pm – 8.00 pm
Ketua: Norhanizam Mohamed Tajuddin
Ahli DSS Bertugas:
Mohd. Safuan Abdullah
Hj. Morshidi Hj. Udin
Ismail Saad
Khairul Nizam Abdul Haris
Wan Jiman Wan Drahman
Zakeria Abdullah
Mohd Hafizuddin Yasin
Abu Bakar Hj. Deli
Mustafa Kamal
Azhani Muhamad
Romizi Ismail
Pelajar DSS Bertugas:
Zaidi Bagani
Roslan Yusup
Husini Bakir
Yaman Towpek
Wan Rosidi Wan Ishak
Hj Abd Rashid Hj Mohd Arshad
Ahmad Sukarno Saini
Nuraina Aba Ibrahim
Hj Hamsah Hj Mohamad Arshad
Hjh Sabaria Hj Suraka
Sahril Matnor

Hari: Rabu
Masa: 5.00 pm – 6.00 pm
Ketua: Mohd Zainuri Zainal Abidin
Ahli DSS Bertugas:
Osman Hassan
Mustafa Emi
Mahathir Emi
Junaidi Deli
Pelajar DSS Bertugas:
Mohd Fakhru Al-Razi
Ismail Drahman
Satifah Hamdan
Diana Saruji
Zati Hanani Ahmad
Che Noor Nizam Che Mohd Nor
Mohd Hasmadi Mat
Wan Ahmad Aswad
Husaini Hj. Anggon

Hari: Khamis
Masa: 5.00 pm – 6.00 pm
Ketua: Ellis Amit
Ahli DSS Bertugas:
Hassan Al Basri Hj Abd Rahman
Mohd Jasni Hipni
Masrimie Mohamad Rozlan
Abdul Rahman Bujang
Pelajar DSS Bertugas:
Azhar Hasbullah
Zainuddin Mohd Ghazali
Mohd Zamri Mohd Zain
Aida Hafiny Che Awang

Hari: Jumaat
Masa: 5.00 pm – 6.00 pm
Ketua: Fitriah Hassan
Ahli DSS Bertugas:
Anuar Jusoh
Jaafar Belal
Faizol Che Kob
Mohamad Zamri Ariffin
Ahmad Farus Saidi
Pelajar DSS Bertugas:
Muhamad Nawawi Bakar
Omar Yusoff
Norlida Saidi
Zaiton Matali
Sahilah Abd Hamid
Hasliza Hanafi

Hari: Sabtu
Masa: 9.00 am – 12.00 pm
Ketua: Mohd Rosdi Zakaria
Ahli DSS Bertugas:
Hj. Sahidi Hj. Putit
Mohd Sany Razali
Mohd Zamri Abdullah
Noraminah Awang
Kamariah Hashim
Mohd Rasli Mohamad
Mohd Ezuan Abd Kadir
Mohd Jafri Abd Rahman
Aznawi Amri
Norhayati Abd Majid
Siti Hannah Che Husin
Pelajar DSS Bertugas:
Mohd Asyraf Mohd Hatta
Mohd Faizol Razali
Kamarul Hazimin Kamaruddin
Muhammad Sadri Saini
Ainulhuda Kamaruzaman
Hj. Hasnan Hj. Eyong
Hjh. Zainab Abdullah
Nazarrina Hj. Mohd Shukeri
Suhaila Alwi
Safie Abdullah
Muhammad Takrim Ab Rahman

Hari: Ahad
Masa: 2.30 pm – 5.30 pm
Ketua: Mat Sulaiman Hamat
Ahli DSS Bertugas:
Mas Azura Abdul Aziz
Naimah Husain
Farhatul Khalidah Dollah
Nurul Zaini Ramli
Wan Rasidah Wan Adam
Mazlan Ibrahim
Samsudin Hj Mohd Tahar
Abdul Rahman Abidin
Mohd Hatta Abdul Wahab
Wan Abdul Rahman Wan Ahmad
Mohd Nazri Mohd Nor
Zulfikar Ali Badar
Pelajar DSS Bertugas:
Wan Mohd. Zawawi
Mazlan Hj. Ali
Shamsudin Buang
Razali Mohamad
Aishah Zakaria
Siti Zaharah Mat Isa
Azhar Salowi
Ashraf Mohd Ghazali

Nota: Bagi Ahli Yang Menjadi Warden Sekolah / Politeknik Anda Boleh Mengisi Mana-Mana Ruang Di Hari Kelapangan Anda. Perawat Dan Pembantu Perawat Hendaklah Bersedia Di Klinik 15 Minit Lebih Awal Untuk Urus Diri. Talian Urusetia : 019-4650356 / 019-8867507 / 019-8877628

Sabtu, 4 Disember 2010

Majlis Zikir 4

Tarikh: 4 Disember 2010
Hari: Sabtu
Masa: Maghrib - Isyak
Tempat: Tingkat 1, Lot 12960, KTLD,
No 16, Heritage Garden, Kuching